BM | EN | 中文

Projek rumah terbengkalai Taman Seri Molek Perdana, MP Pasir Gudang akan temui menteri KPKT

Projek-rumah-terbengkalai-Taman-Seri-Molek-Perdana-MP-Pasir-Gudang-akan-temui-menteri-KPKT.jpg
Advertisement

PASIR GUDANG, 19 OKT: Ahli parlimen Pasir Gudang, Hassan Karim berkata, beliau akan bertemu Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican bagi menyelesaikan masalah pangsapuri di Taman Seri Molek Perdana, Plentong yang masih terbengkalai.

Difahamkan, hasrat 1,000 pembeli untuk menduduki pangsapuri itu masih belum kesampaian apabila rumah yang dibeli sejak tahun 2011 itu terbengkalai hingga kini.

Seorang pembeli, Hasliana Mesrum, 38, mendakwa projek perumahan melibatkan enam blok itu sepatutnya siap pada tahun 2013 tetapi sehingga kini tertangguh dan tiada tarikh rasmi penyerahan kunci.

Advertisement

Hasliana turut mendakwa projek itu sudah beberapa kali bertukar pemaju menyebabkan pembeli terbeban kerana perlu membayar rumah sewa dan pada masa sama meneruskan bayaran rumah terbengkalai itu.

“Kami tujuh beranak ketika ini menyewa di sebuah rumah yang daif dan bocor. Kebanyakan pembeli bukan golongan berada dan dikategorikan B40 dan ada yang terpaksa membuat pinjaman bank,” katanya, lapor Sinar Harian, baru-baru ini.

Ibu kepada lima anak yang bekerja di kedai cermin mata itu berkata kepada pemberita selepas menerima kunjungan Ahli Parlimen Pasir Gudang, Hassan Karim yang meninjau perkembangan projek perumahan terbengkalai tersebut pada Ahad.

Advertisement

Bagi Suzana Rahmat, 50, alasan diberikan pemaju disebabkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan berjanji akan menyiapkan projek itu pada Jun tahun depan.

“Bagaimanapun tempoh itu terlalu lama sedangkan sebelum ini mereka menjanjikan akan siap pada hujung tahun ini. Sudah banyak kali tertangguh. Masalah kelewatan ini sudah banyak kali diajukan kepada pemaju tetapi tiada tindakan,” katanya.

Seorang lagi pembeli, Hassan Awang, 48, mendakwa wakil syarikat pemaju berdiam diri dan tidak bertemu pembeli serta berbincang perkara sebenar perkembangan terkini projek berkenaan.

Advertisement

Johorkini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top