BM | EN | 中文

PROJEK RTS DITERUSKAN DENGAN KOS BAHARU

IMG-20191031-WA0028.jpg
Advertisement

JOHOR BAHRU, 31 OKT: Kerajaan telah bersetuju untuk meneruskan projek sistem Transit Rapid (RTS) Johor-Singapura dengan nilai kos keseluruhan yang baru iaitu bernilai RM3.16 billion.

Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, kos baru ini dianggarkan dapat menjimatkan sebanyak 36 peratus daripada kos asal, RM4.93 billion.

“Projek ini akan diteruskan walaupun dijangka hanya akan menyelesaikan sedikit masalah kesesakan di situ,” katanya pada satu sidang media di Kompleks Imigresen, Kastam dan Kuarantin (CIQ), Bangunan Sultan Iskandar, di sini.

Advertisement

Turut hadir; Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook; Menteri Dalam Negeri, Tan Sri Muhyiddin Yassin; Menteri Kewangan, Lim Guan Eng; Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali, Menteri Besar Johor, Datuk Dr Sahruddin Jamal, Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Azmi Rohani dan barisan exco Johor.

Dr Mahathir berkata, perjanjian telah dibuat dimana sebahagian projek itu akan dibina oleh Singapura, manakala sebahagian lagi dilaksanakan di negara ini.

“Perincian maklumat akan dibincang bersama Singapura, tetapi kita akan teruskan projek ini seperti mana yang dijanji,” katanya lagi.

Advertisement

Pada 21 Mei lalu, Anthony dan Menteri Penyelaras bagi Prasarana dan Menteri Pengangkutan Singapura, Khaw Boon Wan telah menandatangani perjanjian tambahan bagi menangguhkan projek RTS dari 1 April sehingga 30 September.

Di atas permintaan dan semangat kerjasama dua hala di antara kedua-dua negara, Singapura bersetuju untuk melanjutkan tarikh akhir penangguhan sehingga 31 Oktober tanpa mengenakan sebarang kos tambahan kepada Malaysia.

Pada 18 Oktober lalu, Kementerian Pengangkutan Malaysia telah mendapat kelulusan daripada kabinet untuk meneruskan projek tersebut dengan perubahan kepada struktur, skop dan spesifikasi projek.

Advertisement

JohorKini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

scroll to top