BM | EN | 中文

PROJEK RANCANGAN TEBATAN SUNGAI PEMANDI-KURANG MASALAH BANJIR

jimmy-3.jpg
Advertisement

KOTA TINGGI, 17 DIS : Sebanyak RM42juta diperuntukan untuk projek rancangan tebatan banjir Sungai Pemandi yang akan dilaksanakan tahun depan bagi mengurangkan masalah banjir berlaku di Taman Aman dan Taman Mawai.

Pengerusi Jawatankuasa Perdagangan Antarabangsa, Pelaburan dan Utiliti negeri, Jimmy Puah Wee Tse berkata, projek berkenaan akan dilaksanakan pada tahun depan dan dijangka siap dalam tempoh tiga hingga empat tahun.

“Stesen rumah pam Sungai Kemang ini akan dijadikan konsep sama yang hendak kita buat di rumah pam Sungai Pemandi nanti.

Advertisement

“Di mana dengan adanya pam baru ini nanti diharap boleh selesaikan banjir di dua buah taman tersebut.

“Konsep di rumah pam di Sungai Kemang ini juga turut digunakan di beberapa tempat di Johor untuk pastikan pengeluaran air di sungai-sungai utama supaya tidak berlaku banjir,”katanya.

Beliau berkata demikian kepada wartawan selepas melakukan tinjauan di Sungai Kemang susulan bencana banjir berlaku di Kota Tinggi, hari ini.

Advertisement

JohorKini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top