BM | EN | 中文

PROJEK-PROJEK PEMBANGUNAN YANG DIUSUL OLEH DR FARID AKAN DITERUSKAN

IMG-20190929-WA0001.jpg
Advertisement

PONTIAN, 29 SEPT: Kerajaan negeri  akan memastikan projek-projek pembangunan di Tanjung Piai yang diusulkan oleh Allahyarham Datuk Dr Md Farid Md Rafik akan diteruskan.

Menteri Besar, Datuk Dr Sahruddin Jamal berkata, projek-projek ini termasuklah penambaikkan dewan, padang sekolah dan lain-lain lagi di kawasan di sini.

“Kepimpinan negeri Johor akan memastikan usaha yang sudah diusulkan oleh Allahyarham itu akan terus dilaksanakan di Tanjung Piai di sini,” katanya kepada wartawan selepas mengadakan lawatan kerja di daerah Pontian, hari ini.

Advertisement

Sahruddin berkata peruntukan sebanyak RM14.75 juta yang dimohon daripada Kerajaan Persekutuan itu melibatkan 17 projek pembangunan di sekitar Tanjung Piai di sini.

“Bagi pendapat saya, beliau merupakan pemimpin yang hebat dan ini terbukti dengan pembangunan yang dibawa di parlimen ini.

“Antara projek terawal yang diusahakan oleh Allahyaham termasuklah menaiktaraf pasar di Pekan Nenas,” katanya lagi.

Advertisement

Tambahnya lagi, kerajaan negeri akan terus memastikan projek pembangunan yang diusulkan oleh Allahyarham akan terus dijalankan.

Md Rafik yang merupakan Ahli Parlimen Tanjung Piai merangkap Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, menghembuskan nafas terakhir di Hospital Pontian, 21 September lepas.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top