BM | EN | 中文

PROJEK PENAMBAHBAIKKAN SALIRAN PERTANIAN DAN JALAN BERKENAAN DI PARLIMEN TANJUNG PIAI AKAN DILAKSANAKAN

tosrin-2.jpg
Advertisement

PONTIAN, 9 OKT: Sebanyak 15 projek berkaitan saliran pertanian dan penambahbaikkan jalan-jalan ladang dan infrastruktur di Parlimen Tanjung Piai akan dilaksanakan.

Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam, Pertanian dan Pembangunan Luar Bandar negeri, Tosrin Jarvanthi berkata, kerja-kerja yang terlibat termasuklah penyelenggaraan serta membaiki jalan-jalan ladang, saliran pertanian, perparitan dan benteng yang berkaitan di sini.

“Jumlah keseluruhan projek tersebut dibawah Jabatan Pengairan dan Saliran Negeri Johor adalah sebanyak RM448,000,” katanya kepada wartawan selepas mengadakan tinjauan di beberapa parit dan saliran pertanian di Pontian, di sini, semalam.

Advertisement

Tosrin yang Adun Bukit Permai berkata, 15 projek ini merupakan baki kerja yang belum dilaksanakan di Parlimen Tanjung Piai dimana kerja-kerja tersebut dijangka akan siap dalam dua hingga tiga bulan lagi.

“Kemudahan untuk masyarakat setempat adalah kepentingan bersama dimana pihak kerajaan negeri akan sentiasa menitik beratkan tentang penambahbaikkan saliran pertanian dan jalan-jalan di seluruh negeri Johor,” katanya.

Tambahnya lagi, turut difahamkan bahawa saliran pertanian di seluruh negeri Johor melibatkan 5,873km dimana bagi daerah Pontian melibatkan sepanjang 1,374 Kilometer.

Advertisement

Katanya, setiap tahun peruntukkan disalurkan kepada Jabatan Pengairan dan Saliran Negeri Johor untuk kerja-kerja penyelenggaraan bagi mengelakkan masalah banjir di kawasan berkenaan.

“Pada tahun hadapan, saya telah mengarahkan jabatan yang berkenaan untuk mengemukan satu kertas cadangan yang baru pada kerajaan negeri dan pihak kementerian tentang pembangunan pertanian Johor Barat.

“Misi utama perancangan ini adalah untuk memastikan tanah-tanah yang terbiar tidak terganggu dengan sistem aliran pertanian yang tersumbat,” katanya lagi.

Advertisement

JohorKini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top