BM | EN | 中文

Projek pembinaan SK Bandar Putra 2 telah diluluskan, kata Ahli Parlimen Kulai

teo-nie-ching-.png
Advertisement

KULAI, 25 DIS: Ahli Parlimen Kulai, Teo NIe Ching memaklumkan projek pembinaan SK Bandar Putra 2, Kulai, Johor telah diluluskan dalam Rolling Plan 4 (Tahun 2020), Rancangan Malaysia (RMK) ke-11.

Nie Ching dalam satu catatan di laman Facebook beliau berkata, soalan berhubung status pembinaan SK Bandar Putra 2 telah dibangkitkannya pada sidang Dewan Rakyat, baru-baru ini.

Menurut beliau, skop projek itu meliputi pembinaan baharu 36 bilik darjah dan lain-lain kemudahan berkaitan di bawah seliaan Jabatan Kerja Raya(JKR) Malaysia dan kini sedang dalam fasa pra bina.

Advertisement

“Pelaksanaan Pengurusan Nilai bagi projek ini telah selesai dilaksana dan dimuktamadkan pada 2 September 2020.

“Projek akan dilaksanakan secara konvensional perunding dan pihak JKR sedang menyediakan dokumen untuk pelantikan perunding,” kata Nie Ching yang juga bekas Timbalan Menteri Pendidikan.

Tambah beliau lagi, iklan untuk pelantikan kontraktor dijangka dapat dimaklumkan pada Mei 2021, manakala Surat Setuju Terima dijangka dapat dikeluarkan pada Ogos 2021.

Advertisement

“Tempoh masa pembinaan projek ini adalah dijangka selama 30 bulan.

“Saya akan terus membawa suara rakyat Kulai bagi memastikan mereka mendapat perkhidmatan dan kemudahan yang lebih baik,” katanya lagi.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top