BM | EN | 中文

Projek pembesaran LTAS bernilai RM20 juta dijangka siap 2021

MD-Derick.jpg

Md Derick (dua,kiri) menyempurnakan Majlis Menyambut Penumpang Ke 4 Juta di LTAS

Advertisement

SENAI, 20 DIS : Sebanyak RM20 juta diperuntukan untuk projek pembesaran terminal Lapangan Terbang Antarabangsa Senai (LTAS) dilaksanakan Senai Airport Terminal Services Sendirian Berhad (SATSSB).

Projek berkenaan bertujuan untuk menambah ruang kapasiti menampung jumlah penumpang melibatkan penambahan keluasan balai ketibaan dan pelepasan di bahagian selatan bangunan sedia ada.

Ketua Pegawai Eksekutif SATSSB, Md Derick Basir berkata, projek dimulakan pada Januari itu dijangka siap pada suku kedua tahun 2021.

Advertisement

“Kerja-kerja awal sudah bermula. Untuk pengetahuan tapak pejabat sudah ada.

“Kami juga sudah hantar permohonan untuk kelulusan pihak berkuasa tempatan.

“Saya rasa kami akan mulakan pembinaan pada Januari,”katanya kepada wartawan semasa Majlis Menyambut Penumpang Ke 4 Juta di LTAS, hari ini.

Advertisement

Jelasnya, projek tersebut akan meningkatkan kapasiti bangunan terminal kepada lima juta penumpang setahun.

Pada masa ini, LTAS beroperasi dengan kapasiti maksimum empat juta penumpang setahun.

Antara penambahbaikan ialah membina empat pintu pelepasan baharu, menambah tempat duduk serta membina laluan pejalan kaki yang berhubung dengan parkir pesawat.

Advertisement

JohorKini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top