BM | EN | 中文

Projek mega RM143 bilion mungkin dibawa ke Belanjawan 2021 – CGS-CIMB Research

belanjawan-2021.jpg
Advertisement

KUALA LUMPUR, 9 OKT: Enam projek mega bernilai RM143.06 bilion yang diumumkan di bawah Belanjawan 2020, berpotensi untuk dibawa ke belanjawan yang akan datang ekoran berlakunya penangguhan dan gangguan tender yang disebabkan oleh pandemik COVID-19 dan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), demikian menurut CGS-CIMB Research.

Dalam notanya semalam, firma penyelidikan itu berkata projek-projek itu termasuklah projek Kereta Api Berkelajuan Tinggi (HSR) Kuala Lumpur-Singapura yang dijangka menelan kos RM68 bilion dan Transit Aliran Massa Laluan 3 atau MRT3 (RM45 bilion).

Selebihnya ialah Pelan Induk Pengangkutan Pulau Pinang (RM18 bilion), Landasan Serendah-Pelabuhan Klang (RM8.3 bilion), Sistem Transit Rapid Johor Bahru-Singapura (RTS) (RM3.16 bilion) dan Fasa 1 Lebuhraya Pan Borneo (RM600 juta).

Advertisement

CGS-CIMB berkata projek-projek mega berpotensi ini berkemungkinan menjadi sebahagian daripada Pelan Pemulihan Ekonomi (ERP) dan Rancangan Malaysia Kedua Belas (RMKe-12).

“Terdapat penglibatan yang lebih besar antara kerajaan dan peserta industri dalam MRT3 yang berpotensi untuk merumuskan satu model yang sesuai sekiranya MRT3 dipilih sebagai salah satu projek penting pada 2021,” katanya.

Bernama

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top