BM | EN | 中文

Projek lanskap Sungai Segget, naiktaraf Jalan Wong Ah Fook siap 23 peratus – IRDA

Sungai-Segget-Johor-IRDA.png
Advertisement

JOHOR BAHRU, 12 NOV: Projek lanskap Sungai Segget dan naiktaraf Jalan Wong Ah Fook sudah 23 peratus siap, dan dijangka disempurnakan sepenuhnya pada suku ketiga tahun 2021.

Ketua Eksekutif Pihak Berkuasa Wilayah Pembangunan Iskandar (IRDA) Datuk Ismail Ibrahim berkata, ia bakal menukar wajah pusat bandaraya itu sebagai sebuah pusat bagi aktiviti rekreasi, kebudayaan dan komersial yang baru.

“Sebaik saja siap sepenuhnya, projek ini mampu membuka peluang yang luas kepada masyarakat peniaga di kawasan sekitar untuk meningkatkan perniagaan mereka.

Advertisement

“Persekitaran yang bersih dan menarik akan mampu meningkatkan kedatangan pengunjung sekaligus melonjakkan aktiviti pelancongan.

“Kawasan dinaiktaraf ini menawarkan kepada masyarakat suasana persekitaran lebih sihat, ceria dan santai bagi penganjuran aktiviti seni, budaya dan rekreasi untuk dinikmati oleh masyarakat,” katanya dalam satu kenyataan, baru-baru ini.

Lokasi di sepanjang Sungai Segget bakal menjadi
tumpuan aktiviti pengunjung, peniaga dan Rakyat secara keseluruhan,” kata

Advertisement

Ujarnya, selari usaha bagi memenuhi agenda sosial tempatan dan alam sekitar, projek pengindahan lanskap Sungai Segget ini telah memasukkan elemen-elemen fizikal.

Ia katanya menggabungkan pelbagai elemen seni seperti arca dan konsep berbudaya seperti swale, pencahayaan interaktif, taman permainan kanak-kanak, kerja memperkemas dan mencantikkan tembok sungai, kolam refleksi dan seni ukiran menyerlah budaya asli.

Kata Ismail ia dihasilkan artis-artis tempatan melalui Projek Seni Awam Berasas Komuniti.

Advertisement

Wakil pelbagai sektor dan lapisan masyarakat, seperti pelajar sekolah turut berkongsi idea bagi menjadikan Sungai Segget lokasi mesra kanak-kanak menerusi elemen reka bentuk yang memasukkan ciri-ciri keselamatan dan perlindungan bagi kegunaan semua.

Difahamkan, pengindahan Sungai Segget dibahagi kepada tiga zon iaitu Warisan dan Sejarah, Seni dan Budaya, Santai dan Ceria.

Manakala rekabentuk konsep zon sejarah dan warisan mempromosi serta memperkenalkan kesan sejarah dan warisan Sungai Segget dan elemen asli Johor digabung dengan tema santai keluarga.

Advertisement

Johorkini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top