BM | EN | 中文

Projek landasan kereta api punca banjir, Dr Maszlee atur pertemuan dengan pemaju

Projek-kereta-api-berkembar-punca-banjir-Dr-Maszlee-atur-pertemuan-dengan-pemaju.jpg

Dr Maszlee mengaturkan pertemuan bersama YTL dengan Ketua Kampung dan Ketua Masyarakat dalam kawasan Renggam

Advertisement

KLUANG, 5 JUL: Ahli parlimen Simpang Renggam, Dr Maszlee Malik mengaturkan pertemuan diantara wakil masyarakat di kawasan ini dengan pemaju Projek Landasan Berkembar Elektrik Gemas-Johor Bahru, (PLBEGJB) YTL Construction.

Ini kerana katanya tinjauan mendapati apabila berlaku hujan lebat, ia akan mengakibatkan banjir kilat kerana sistem perparitan kecil yang tidak dapat menampung kapasiti air.

“Ketika pulang ke Simpang Renggam tempoh hari, saya mengaturkan pertemuan bersama YTL dan Ketua Kampung dan Ketua Masyarakat dalam kawasan Renggam.

Advertisement

“YTL bertanggungjawab dalam menyiapkan Projek Double Track Railway di Renggam, manakala wakil-wakil penduduk ini pula menerima aduan daripada penduduk bahawa takungan air dan banjir kilat berlaku akibat projek landasan keretapi ini.

“Pertemuan ini penting untuk memastikan masalah yang timbul ini dapat diselesaikan, apa jua caranya.

“Dalam kemajuan yang hendak kita bina, kebajikan dan keselamatan penduduk setempat amat penting dan perlu diutamakan,” katanya dalam satu kiriman di laman facebook beliau.

Advertisement

PLBEGJB sepanjang 192 kilometer itu akan melalui 11 stesen dengan kelajuan tren berkuasa 25,000 voltan.

Difahamkan kereta api itu akan bergerak selaju 140 kilometer sejam dengan anggaran masa perjalanan dari KL Sentral ke JB Sentral adalah 3 jam 30 minit.

Sehubungan itu Maszlee berharap agar pihak berkaitan dapat mengambil langkah segera bagi mengatasi masalah tersebut.

Advertisement

Selain daripada masalah banjir, dibimbangi air yang masih bertakung berpotensi untuk menjadi tempat pembiakan nyamuk Aedes sekaligus mendatangkan risiko kesihatan kepada orang ramai.

“Saya akan terus berusaha untuk memastikan permasalahan ini selesai dan kebajikan penduduk Renggam sentiasa menjadi keutamaan,” katanya lagi.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top