BM | EN | 中文

Projek Landasan Berkembar Elektrik Gemas – Johor Bahru siap Oktober 2022

IMG-20200621-WA0007.jpg
Advertisement

KULAI, 21 JUN: Projek Landasan Berkembar Elektrik Gemas – Johor Bahru diharap dapat menjadi pemangkin kepada pembangunan semula ekonomi di negara ini.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi), Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata, projek tersebut kini berada pada tahap 60 peratus pembinaannya.

“Tidak dinafi berlaku sedikit kelewatan melibatkan 1.6 peratus perkembangan projek ekoran isu seperti pengambilan tanah dan pandemik Covid-19 sebelum ini.

Advertisement

“Namun kelewatan tersebut dijangka tidak akan melibatkan sebarang peningkatan kos kerana margin kelewatan itu sedikit sahaja,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar yang diadakan selepas melakukan lawatan kerja ke tapak projek tersebut di Kulai, di sini hari ini.

Yang turut hadir, Exco Kerja raya, Pengangkutan dan Infrastruktur Johor, Mohd Solihan Badri dan Ketua Polis Johor, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay.

Advertisement

Tambah Mustapa, projek yang bernilai keseluruhan RM9.5 bilion itu dijangka siap menjelang Oktober 2020.

“Apabila projek ini siap kelak, ia akan melengkapkan rangkaian pantai barat Malaysia dengan landasan berkembar, sekaligus menjadikan infrastruktur ini sebagai pemangkin pembangunan ekonomi negara,” ujarnya.

Sementara itu, Mustapa turut memberitahu, kerajaan telah mengarahkan peruntukan sebanyak RM1.6 bilion dipulangkan kepada Kementerian Kewangan melibatkan pembangunan projek yang tidak dapat dimulakan pada tahun ini.

Advertisement

“Unit Perancang Ekonomi (EPU) telah mengenalpasti sekurang kurangnya RM1.6 billion melibatkan projek pembangunan yang tidak dapat dilaksanakan tahun ini daripada keseluruhan RM56 bilion yang telah dirancang.

“Masalah ini melibatkan tanah atau Surat Setuju Terima (SST) yang tak dapat dikeluarkan tahun ini. Jadi peruntukan bagi projek yang tidak dapat dimulakan ini akan dipulangkan kepada Kementerian Kewangan,” tambahnya.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top