BM | EN | 中文

Projek “Kita Buskers Selangor” diperluas ke pusat beli-belah, pejabat awam

Kita-Buskers-Selangor-diperluas-ke-pusat-beli-belah-pejabat-awam.jpg

Kumpulan Caliph Buskers membuat persembahan pada program Vaksin Selangor (Selvax) di pusat pemberian vaksin (PPV) Tropicana Gardens Mall, Petaling Jaya pada 21 Ogos 2021 (Gambar Ehsan SelangorKini)

Advertisement

PETALING JAYA, 21 OGOS: Projek Kita Buskers Selangor bakal diperluas ke beberapa lokasi antaranya pusat beli-belah dan pejabat awam, kata Exco Kebudayaan dan Warisan, Borhan Aman Shah.

Katanya, pendekatan lanjut sedang dibincangkan bagi membantu pemuzik jalanan atau busker menjana pendapatan sepanjang pandemik.

“Konsep yang digunakan sama seperti di pusat pemberian vaksin (PPV) antaranya dua sesi di setiap PPV dan setiapnya melibatkan dua busker.

Advertisement

“Ini sebahagian inisiatif kerajaan Negeri untuk membantu golongan yang terkesan akibat Covid-19 kerana bergantung sepenuhnya dengan bermain muzik di tempat awam,” katanya, lapor SelangorKini.

Beliau berkata demikian selepas meninjau program Vaksin Selangor (Selvax) di PPV Tropicana Gardens Mall di sini semalam.

Pada 7 Ogos, Borhan berkata Kerajaan Negeri membela nasib busker dengan menempatkan mereka di PPV terpilih termasuk empat PPV mega bawah persekutuan.

Advertisement

Setakat ini, seramai 720 pemuzik jalanan dibantu melalui projek tersebut dengan peserta menerima sejumlah wang sagu hati selain kutipan awam bagi meneruskan kehidupan.

Projek selama sebulan mulai 15 Ogos membabitkan PPV Bangi Avenue, Sunway, Dewan MBPJ, MSU Shah Alam, Tanjung Sepat dan Gombak.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top