BM | EN | 中文

Projek di Bukit Payong diteruskan selepas kerajaan Johor benarkan pada April 2019

TP-Bukit-Payong.jpg

Tapak pelupusan sisa pepejal di Bukit Payong, Batu Pahat, Johor yang sedang dalam pembinaan

BATU PAHAT, 4 SEPT: Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan )KPKT) meneruskan projek Tapak Pelupusan Sisa Pepejal Sanitari (TPSPS) Bukit Payong setelah mendapat persetujuan daripada kerajaan negeri Johor secara bertulis pada 25 April 2019.

KPKT berkata, pembinaan TPSPS Bukit Payong akan menjadi sebuah tapak pelupusan sisa pepejal sanitari bersepadu, yang akan dilengkapi dengan sistem rawatan sisa pepejal yang berkonsepkan waste to energy (WTE).

Timbalan menteri KPKT Ismail Abd Muttalib berkata demikian dalam jawapan bertulis kepada ahli parlimen Sri Gading, Shahruddin Md Salleh melalui penyata khas parlimen dikeluarkan Kementerian itu bertarikh 24 Ogos yang dilihat Johorkini.

Menurut rekod, Menteri Besar Johor pada tarikh kelulusan ketika itu adalah Adun Bukit Kepong, Datuk Dr Shahruddin Jamal.

Dr Shahruddin dilantik menjadi Menteri Besar Johor ke-17 di Istana Bukit Serene pada 14 April 2019 bagi menggantikan Datuk Osman Sapian.

Dalam pada itu Ismail menambah, tapak pelupusan masih perlu disediakan bagi menerima sisa baki seperti abu daripada rawatan sisa pepejal.

Katanya, dengan WTE itu jumlah sisa pepejal yang dilupuskan ke tapak pelupusan dapat dikurangkan dan seterusnya dapat memanjangkan jangka hayat tapak pelupusan serta mengurangkan penerokaan tanah baharu untuk pelupusan sisa pepejal.

“Kedua-dua fasiliti ini adalah saling melengkapi bagi memastikan pengurusan sisa pepejal yang mampan dan komprehensif.

“Proses tender secara request for proposal (RFP) bagi pembinaan loji rawatan WTE di Bukit Payong ini telah bermula pada 27 Julai 2020 dan sesi lawatan tapak telah diadakan pada 10 Ogos 2020 yang lalu,” katanya lagi.

Johorkini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top