BM | EN | 中文

Projek baikpulih selekoh jalan perlu disiapkan segera, gesa ahli parlimen Kulai

selekoh-jalan-kulai-teo-nie-ching.png
Advertisement

KULAI, 24 NOV: Ahli parlimen Kulai, Teo Nie Ching menggesa kerajaan negeri, kontraktor dan agensi berkaitan menyegerakan penyiapan projek memperelok jajaran jalan di laluan Johor Bahru – Ayer Hitam yang tertangguh.

Nie Ching berkata, projek naiktaraf dan baikpulih lencongan di laluan FT001, KM38-40 Johor Bahru-Ayer Hitam (Selekoh S) itu masih gagal disiapkan sehingga hari ini.

“Projek ini bermula pada Disember 2017 dan sepatutnya siap pada Jun 2019, tetapi masih gagal disiapkan oleh pihak kontraktor.

Advertisement

“Kami minta kerajaan negeri, agensi kerajaan dan JKR Johor agar dapat membantu menyelesaikan isu ini kerana melibatkan keselamatan pengguna jalan raya yang melalui kawasan ini,” kata Nie Ching dalam satu kenyataan.

Beliau berkata demikian selepas mengadakan lawatan ke tapak projek bersama Adun Bukit Batu, Jimmy Puah baru-baru ini.

Berdasarkan maklumat, difahamkan 92 peratus projek tersebut dijangka siap sebelum 31 Disember 2020.

Advertisement

Namun katanya masih terdapat isu melibatkan pemilik kebun kelapa sawit yang terkesan daripada projek itu kerana terhalang daripada memasuki kebun mereka sendiri.

Difahamkan, sebanyak 11 keping tanah kebun menggunakan jalan masuk yang bersambung dari Jalan FT001, yang dibimbangi ditutup setelah kerja tersebut telah disiapkan.

“Pejabat saya telah menulis surat rasmi kepada JKR Kulai 21 Julai 2020 untuk minta mengekalkan jalan masuk ini.

Advertisement

“JKR Kulai pun telah merujuk masalah ini kepada Pengarah Kerja Raya Johor dan pihak berkaitan pada 27 Julai 2020, tetapi sampai sekarang tiada keputusan dimaklumkan kepada pemilik,” katanya.

Justeru itu beliau memohon pihak berwajib berbincang dengan pemilik pekebun bagi menyelesaikan masalah ini segera.

Johorkini

Advertisement

 

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top