BM | EN | 中文

Program vaksinasi di pekan kecil, luar bandar di Johor perlu digiatkan – Adun Paloh

sheikh-umar-vaksinasi-dun-paloh.jpg
Advertisement

KLUANG, 5 JUL: Kerajaan dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dicadangkan untuk menggiatkan lagi program vaksinasi di kawasan luar bandar seperti di DUN Paloh, kata Adun Paloh, Sheikh Umar Bagharib Ali.

Katanya, pekan kecil dan luar bandar yang lain di Johor seperti Bekok, Yong Peng, Jementah dan sebagainya perlu dijalankan program vaksinasi bertumpu bagi menjimatkan kos perjalanan, selain memudahkan orang ramai yang kini berdepan sekatan pergerakan.

“Apabila program vaksin seperti ini ditambah, rakyat di luar bandar khususnya warga emas tidak perlu ambil jarak perjalanan terlalu jauh untuk ambil suntikan vaksin.

Advertisement

“Sekarang ini sudah bulan Julai, angka pendaftaran sudah tentu bertambah lagi.

“500 suntikan vaksin adalah tidak mencukupi untuk rakyat Paloh,” katanya selepas progam suntikan vaksin dos kedua ‘Paloh Kita’ di Dewan Orang Ramai Paloh, baru-baru ini.

Terdahulu, program suntikan vaksin dos kedua telah diberikan kepada 500 penerima di Dewan Orang Ramai Paloh.

Advertisement

Sebelum ini, 500 warga emas ini adalah penerima dos pertama pada tiga minggu lalu, iaitu pada 12 Jun 2021.

Pada program itu, Sheikh Umar turut menyumbang dua buah kanopi dan 100 kerusi plastik untuk warga emas yang menunggu giliran

Pada program sama , beliau turut menyumbang makanan tengah hari untuk petugas hadapan.

Advertisement

Beliau turut menyampaikan ucapan terima kasih kepada pihak KKM, Klinik Kesihatan Paloh, pihak Majlis Perbandaran Kluang yang sediakan dewan, selain anggota RELA dan sukarelawan yang membantu program tersebut.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top