BM | EN | 中文

Program vaksin PPV Pagoh dapat sambutan

PPV-Pagoh.jpg

Gambar Ehsan FB Sahruddin Jamal

Advertisement

MUAR, 6 JUN: Hari pertama Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Dewan Serbaguna Pagoh di sini berjalan lancar dengan warga emas yang menerima suntikan masing-masing berpuas hati dengan khidmat yang diberikan.

Bernama melaporkan, sejumlah anggota keselamatan antaranya polls dan Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) turut ditempatkan di PPV semasa proses vaksinasi yang bermula pukul 8 pagi hingga 5 petang.

Kira-kira 200 daripada 400 orang yang tersenarai mendapatkan vaksin hari ini hadir menerima suntikan masing-masing setakat tengah hari tadi.

Advertisement

Adun Bukit Kepong Datuk Dr Sahruddin Jamal berkata PPV itu dibuka untuk menjayakan program vaksinasi kepada penduduk luar bandar berhampiran Pekan Pagoh.

Katanya PPV (bukan kesihatan) kedua di Muar itu mampu menguruskan sehingga 700 suntikan sehari melalui penglibatan seramai 50 petugas dari pelbagai agensi kerajaan dan 20 sukarelawan.

Seorang penerima, Alimah Marwi, 85, berkata dia menempuh perjalanan hampir 40 kilometer dari rumahnya di Kampung Parit Zain Batu 18 Air Hitam, di sini, untuk mendapatkan suntikan di PPV berkenaan dan bersyukur kerana proses vaksinasi berjalan lancar.

Advertisement

“Saya faham ada sesetengah orang masih takut. Saya sendiri pun rasa takut kerana vaksin ini masih baharu berbanding dengan vaksin yang lain: katanya yang ditemui Bernama selepas menerima suntikan vaksin itu.

Seorang lagi warga emas, Yong Sow Fah, 89, memberitahu beliau berasa lega setelah mendapatkan suntikan itu walaupun pada mulanya berdebar dan menasihati mereka yang telah tersenarai menerima suntikan mengambil peluang itu.

Sementara itu di Johor Bahru, Timbalan Setiausaha Kerajaan Johor (Pengurusan) Datuk Mohd Noh Ibrahim berkata Pusat Konvensyen Antarabangsa Persada Johor (Persada) di sini, yang dijadikan sebagai PPV AstraZeneca sudah bersedia sepenuhnya untuk menerima kehadiran kira-kira 133,000 penerima vaksin, bermula esok hingga 27 Julai depan.

Advertisement

Beliau berkata pelbagai persiapan telah dilakukan bagi mengelakkan kesesakan termasuk menugaskan seramai 180 anggota keselamatan dan 120 petugas kesihatan untuk membantu kelancaran proses vaknisasi.

Mohd Noh berkata selain itu, beberapa laluan turut diwujudkan khusus untuk orang ramai berbaris di luar PPV berkenaan dan juga untuk Orang Kurang Upaya (OKU).

“Bagi yang bertongkat jangan khuatir kerana kita juga sediakan kerusi roda. Namun bagi mereka yang tidak membuat sebarang janji temu, jangan cuba datang secara ‘walk in’ untuk mendapatkan vaksin kerana tindakan sedemikian hanya akan mengakibatkan kesesakan,” katanya.

Advertisement

Sementara itu, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Johor Bahru Selatan menerusi satu hantaran dalam laman Facebook rasminya memaklumkan bahawa beberapa jalan akan ditutup esok bagi membantu kelancaran pemberian vaksin di PPV berkenaan.

Laluan berkenaan ialah Jalan Trus, Jalan Salim, Jalan Khalid Abdullah, Jalan Dato Dalam, Jalan Ayer Molek dan Jalan Khalid Abdullah.

“Orang ramai juga dinasihatkan untuk tidak meletakkan kenderaan di bahu jalan bagi mengelakkan berlaku kesesakan seterusnya menyebabkan kenderaan mereka ditunda oleh pihak berkuasa Majlis Bandaraya Johor Bahru,” menurut hantaran berkenaan.

Advertisement

Dalam pada itu, menurut Menteri Kesihatan Datuk Seri Adham Baba yang meninjau persiapan PPV itu hari ini buat permulaan, sebanyak 500 dos suntikan AstraZeneca akan diberi di PPV berkenaan sehari untuk tempoh dua hari pertama, sebelum dinaikkan kepada 3,000 dos sehari selepas itu.

PPV Persada beroperasi setiap hari iaitu Isnin hingga Jumaat bermula pukul 8 pagi hingga 9 malam, manakala Sabtu dan Ahad (pukul 8 pagi hingga 5 petang)

Bernama

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top