BM | EN | 中文

Program Tuisyen Rakyat Selangor manfaatkan 70,000 pelajar SPM

PTRS-Program-Tuisyen-Rakyat-Selangor.png
Advertisement

SHAH ALAM, 9 JUN: Seramai 70,000 pelajar yang bakal menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) bakal menerima manfaat melalui Program Tuisyen Rakyat Selangor.

Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari berkata modul pembelajaran bercetak akan diedarkan kepada 50,000 pelajar yang menghadapi kekangan pembelajaran secara maya dengan perbelanjaan RM2.1 juta.

“Portal ePTRS.my pula digunakan sebagai sebagai medium pembelajaran Tuisyen Rakyat versi digital. Modul pembelajaran bercetak boleh diakses secara dalam talian di portal ini.

Advertisement

“Seramai 20,000 pelajar yang akan menduduki SPM bakal menerima manfaat dari inisiatif ini dengan peruntukan RM500,000,” kata Amirudin.

Bantuan itu sebahagian inisiatif Pakej Kita Selangor 2.0 bernilai RM551.56 juta bagi membantu golongan yang terkesan dengan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Bertemakan Bersama Menuju Kejayaan, pelan itu bakal memanfaatkan sekurang-kurangnya 1.6 juta penduduk termasuk golongan berpendapatan rendah (B40), pelajar, usahawan kecil, petani dan penggiat pelancongan.

Advertisement

Terdahulu, Amirudin dilaporkan SelangorKini sebagai berkata, seramai 286 pelajar tajaan Yayasan Selangor yang menamatkan pengajian tahun ini diberi penangguhan bayaran kepada Januari 2022 dengan kesan kewangan RM1 juta.

“Yayasan Selangor juga akan membantu merancang semula pembayaran balik pinjaman pendidikan kepada seramai 2,088 bekas pelajar tajaannya, mereka digalakkan menghubungi Yayasan Selangor,” katanya.

Beliau turut mengumumkan peruntukan RM1.5 juta bagi membantu menyediakan makanan dan barangan keperluan asas kepada 7,500 pelajar di institut pengajian tinggi awam dan milik kerajaan negeri.

Advertisement

Johorkini

 

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top