BM | EN | 中文

PROGRAM SUBSIDI PETROL WAJAR, TETAPI PERLU DIPERHALUSI

halim-husin.jpg
Advertisement

JOHOR BAHRU, 8 OKT : Program Subsidi Petrol (PSP) yang dilancarkan kerajaan semalam merupakan satu bentuk bantuan kewangan untuk membantu rakyat membiayai sebahagian kos penggunaan petrol.

Dengan kadar subsidi petrol berjumlah RM30 bagi kereta dan motosikal RM12 setiap sebulan, dijangka dapat memanfaatkan seramai 2.9 juta yang terdiri daripada penerima Bantuan Sara Hidup (BSH).

Tinjauan JohorKini mendapati rata-rata rakyat bersetuju dengan bantuan yang dilancarkan namun berharap pelaksanaannya dapat diperhalusi agar menepati golongan sasar.

Advertisement

Ahmad Firdaus Fauzi

Dalam pada itu, Pegawai Teknologi Maklumat, Ahmad Firdaus Fauzi, 32 berpendapat tindakan dan keprihatinan kerajaan membantu golongan berpendapatan rendah wajar dipuji namun beliau mengakui sedikit bimbang berkenaan proses pelaksanaannya.

“Secara umum, saya bersetuju dengan menyalurkan subsidi petrol kepada penerima Bantuan Sara Hidup (BSH) tetapi perlu perhalusi mekanisme pemberiannya,” katanya.

Pendapat sama disokong Pegawai Penyelidik, Saiful Hassan, 30 yang berharap penelitian rapi dari segi kaedah mengenalpasti golongan sasaran.

Advertisement

Saiful Hassan

“Kerajaan perlu menyatakan kaedah untuk mengenalpasti mereka yang benar-benar layak menerima bantuan ini kerana ada juga mereka yang mampu (pakai kereta besar) tetapi dalam waktu yang sama menggunakan kereta kecil sebagai kereta kedua,” ujarnya.

Dalam pada itu, seorang pengusaha bas kilang, Halim Husin, 32 juga berpendapat PSP bantuan yang diumumkan kerajaan itu sangat baik kerana dapat membantu golongan yang memerlukan.

“Saya amat bersetuju dengan subsidi yang disalurkan kerana dapat meringankan beban golongan sederhana dan golongan bawahan.

Advertisement

“Namun, kaedahnya perlu diperhalusi kerana ada juga golongan yang mampu menggunakan kereta bawah 1,600cc,” katanya lagi.

Terdahulu, mereka yang layak menerima PSP adalah penerima BSH yang memiliki kereta 1,600cc ke bawah atau motorsikal 150cc ke bawah.

Bagi pemilik kereta melebihi 1,600cc atau motosikal lebih 150cc juga boleh mendapat subsidi tersebut, dengan syarat kenderaan itu masing-masing berusia sekurang-kurangnya 10 tahun dan tujuh tahun.

Advertisement

 

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top