BM | EN | 中文

Program Shah Alam tanpa kenderaan mulai November ini

Shah-Alam-Hari-Tanpa-Kenderaan.jpg
Advertisement

SHAH ALAM, 10 OKT: Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) meneruskan kembali program Shah Alam Hari Tanpa Kenderaan mulai November selepas kali terakhir dianjur pada Mac 2020.

Timbalan Datuk Bandar Mohd Rashidi Ruslan berkata program itu diteruskan bagi memupuk amalan gaya hidup sihat dengan mengurangkan pelepasan gas karbon monoksida.

“Program ini juga selaras dengan hala tuju MBSA untuk menjadikan Shah Alam sebagai bandar raya rendah karbon menjelang 2030.

Advertisement

“Insya-Allah program Shah Alam Hari Tanpa Kenderaan kali ini akan dikawal dengan SOP (tatacara operasi piawai) yang ketat berbanding sebelum ini kehadiran pengunjung minimum 5,000 orang,” katanya, lapor SelangorKini.

Terdahulu beliau dijemput menghadiri program Bual Bicara sempena Ulang Tahun Bandaraya Shah Alam ke-21 menerusi siaran langsung di SelangorTV Jumaat lalu.

Sebelum ini, program Shah Alam Hari Tanpa Kenderaan diadakan seawal jam 7 hingga 11 pagi pada Ahad minggu kedua setiap bulan itu menampilkan pelbagai aktiviti menarik iaitu larian, acara berbasikal, senamrobik dan cabaran mendaki dinding.

Advertisement

Selain itu, program Eco Free Market bertemakan kitar semula iaitu satu acara penyaluran dan agihan semula barangan terpakai turut diadakan.

Pejabat Bergerak Shah Alam On Wheels dan Perpustakaan Bergerak juga disediakan untuk orang awam mendapatkan maklumat yang mereka perlukan.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top