BM | EN | 中文

Program semarak Ramadan Adun Maharani disambut meriah

Sambutan-menggalakkan-program-semarak-Ramadan-Adun-Maharani-2.jpg
Advertisement

MUAR, 23 APR: Berbeza suasana Ramadan tahun lalu, tahun ini menjadi peluang pelbagai pihak untuk mendekati orang ramai melalui pelbagai program.

Kesempatan ini turut dimanfaatkan Adun Maharani, Nor Hayati Bachok yang mengadakan program edaran bubur lambuk, kurma, pelitup muka, cecair sanitasi dan kalendar takwim Ramadan.

Ketika dihubungi, Nor Hayati bersyukur dengan sambutan yang menggalakkan daripada pelbagai lapisan masyarakat yang menerima sumbangan dari pihaknya.

Advertisement

“Alhamdulillah, sambutan amat menggalakkan. Rata-rata mereka menzahirkan sokongan kepada saya untuk terus berkhidmat sebagai Adun di sini (Maharani).

“Saya amat teruja dengan sambutan positif ini kerana kemesraan serta keyakinan daripada rakyat memberi inspirasi kepada saya untuk terus berkhidmat kepada mereka.

“Program ini juga dijalankan mengikut SOP yang ditetapkan oleh kerajaan dalam mengelak dari penularan jangkitan Covid 19 di sini,” ujarnya.

Advertisement

Program yang dijalankan di sekitar Bazar Ramadan Stadium Muar itu turut disertai kakitangan dari pejabat Pusat Khidmat Wakil Rakyat (PKWR) Maharani dan Parti Amanah Negara (AMANAH) Muar.

Beliau yang merupakan Ketua Angkatan Wanita Amanah Negara (AWAN) Johor berkata, program seperti itu diteruskan di beberapa kawasan yang menjadi tumpuan orang ramai.

“Sebenarnya program ini adalah tradisi kami. Cuma tahun lepas sahaja kami tidak melakukannya kerana PKP telah dikuatkuasakan oleh kerajaan.

Advertisement

“Kita akan meneruskan program ini di beberapa kawasan yang telah kami kenal pasti sepanjang bulan Ramadan tahun ini.

“Selain itu program ini bertujuan mendekatkan diri pemimpin kawasan dengan orang awam serta mengeratkan silaturrahim antara kami.

“Jadi apa yang pasti matlamat kami tercapai dalam program ini,” ujarnya lagi.

Advertisement

Johorkini

 

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top