BM | EN | 中文

Program Sayangi Kluang sempena Deepavali serah sumbangan buat 30 keluarga

Wong-Shu-Qi-Deepavali-2020.jpg
Advertisement

KLUANG, 16 NOV: Pejabat parlimen Kluang dengan kerjasama Pakatan Harapan (PH) menyerahkan sumbangan kepada 30 keluarga yang kurang berkemampuan sempena perayaan Deepavali pada minggu lepas.

Ahli parlimen Kluang, Wong Shu Qi berkata, sumbangan bertujuan meringankan beban ekonomi yang ditanggung oleh keluarga masing-masing, terutamanya berdepan pandemik Covid-19 yang melanda negara.

“Kita sudah menghadapi pelbagai cabaran sejak awal tahun ini lagi. Ramai dari kita menderita dari segi fizikal dan mental.

Advertisement

“Di saat-saat yang sukar begini, kita perlu sentiasa cuba untuk berfikiran positif agar kita kekal tabah mengharungi rintangan yang akan datang.

“Ingatlah sentiasa akan orang yang berada disekeliling anda yang menyayangi anda.

“Sama ada keluarga mahupun sahabat, pasti ada yang benar benar ambil berat tentang diri anda, anda tidak keseorangan.

Advertisement

“Janganlah kita berputus asa kerana gelap mana pun terowong yang dilalui, pasti ada cahaya yang menanti kita, begitu juga dengan kehidupan,” kata Shu Qi dalam satu kenyataan.

Johorkini

 

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top