BM | EN | 中文

Program santai tanpa protokol erat hubungan wakil rakyat, pengundi

IMG-20200220-WA0004.jpg

Rahmah Rahmat

Advertisement

ISKANDAR PUTERI, 20 FEB : Kehadiran wakil rakyat melalui program secara santai tanpa protokol dilihat disenangi rakyat sekali gus mampu mengeratkan lagi hubungan dengan rakyat.

Peniaga, Rahmah Rahmat, 59 berpendapat sebagai seorang wakil rakyat mereka perlu sentiasa tampil di khalayak ramai supaya mampu mendengar permasalahan orang ramai.

Dia yang ditemui di pasar tani Taman Nusantara turut meluahkan rasa gembira apabila melihat kelibat ADUN Kota Iskandar, Sr Dzulkefly Ahmad bersama rombongan Jabatan Penerangan Malaysia ke tapak pasar tani berkenaan.

Advertisement

“Alhamdulillah, YB datang dan saya rasa berbangga serta berterima kasih dengan kunjungan YB ke tapak pasar tani ini.

“Penerangan pelbagai isu dari khemah ke khemah gerai seperti ini mampu untuk menidakkan berita palsu yang sentiasa tersebar di lama media masa.

“Kempen tahap kesihatan yang membabitkan orang awam ini perlu dijalankan sebanyak mungkin agar kami semua sebagai peniaga telah bersedia menghadapi pelbagai kemungkinan yang berlaku,” katanya.

Advertisement

Terdahulu, Dzulkefly hadir ke pasar tani Taman Nusantara sempena program ‘Info On Wheels’ bagi memberi penerangan berkenaan penyakit koronavirus (Covid-19).

Sementara itu, bagi pengunjung Kamarul Azmi Abdul Rahman, 40 pula berkata, aktiviti dan program seperti itu amat baik untuk diteruskan agar dapat membunuh persepsi salah terhadap pelbagai isu.

Kamarul Azmi Abdul Rahman

Menurutnya, dalam masa sama pengunjung, peniaga dan orang ramai dapat secara langsung bertemu dan beramah mesra dengan wakil rakyat mereka.

Advertisement

“Aktiviti sebegini adalah salah satu penerangan mudah yang dijalankan ini adalah salah satu tugas mendekati masyarakat secara langsung dengan lebih dekat lagi tanpa sempadan.

“Pemimpin harus mengenepikan segala protokol dan kalau mengikut saya pun, saya lebih senang untuk berurusan sebegini berbanding keadaan yang meletakkan segala protokol.

“Acara santai sebegini akan memperlihatkan pemimpin itu lebih mesra untuk didekati berbanding majlis-majlis yang mengenakan protokol,” katanya.

Advertisement

Johorkini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top