BM | EN | 中文

Program rintis MVP bantu sedia akses vaksin pada masyarakat luar bandar

Program-rintis-MVP-bantu-sedia-akses-vaksin-pada-masyarakat-luar-bandar.jpg
Advertisement

JOHOR BAHRU, 16 JUN: Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM) dan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) bergandingan menjalankan program rintis Program Vaksinasi Bergerak (MVP) di Parit Sulong dekat Batu Pahat, dalam usaha membantu kerajaan menyediakan akses vaksinasi lebih luas kepada masyarakat luar bandar.

Ahli Parlimen Parit Sulong Datuk Seri Dr Noraini Ahmad berkata program rintis dengan kerjasama Badan Bertindak Imunisasi COVID-19 (CITF) itu, dijalankan selama dua hari bermula hari ini dengan sasaran 300 penduduk setempat terutama warga emas, mereka yang tidak mempunyai aplikasi MySejahtera serta masalah pengangkutan.

Noraini yang juga Menteri Pengajian Tinggi itu berkata program rintis tersebut antara pendekatan baharu yang diperkenalkan oleh kementeriannya menerusi Pusat Pemberian Vaksin Institut Pengajian Tinggi (PPV IPT).

Advertisement

“Projek rintis ini melibatkan dua model pelaksanaan dengan sebuah PPV Satelit akan diwujudkan di Maktab Rendah Sains Mara, Batu Pahat, manakala satu lagi melibatkan dua unit PPV bergerak dengan lapan kakitangan vaksinasi akan bergerak ke pusat vaksin yang telah dikenal pasti.

“la bagi memberikan suntikan vaksin kepada penduduk dengan tumpuan kepada mereka yang kurang upaya dan berkeperluan khas,” katanya menerusi kenyataan baru-baru ini.

Noraini berkata program itu turut melibatkan kerjasama strategik daripada pelbagai jabatan kerajaan Persekutuan dan negeri bagi membendung penularan wabak COVID-19 sekali gus membentuk imuniti kelompok dengan segera.

Advertisement

Bernama

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

scroll to top