BM | EN | 中文

Program Rice4U DUN Parit Yaani diteruskan sepanjang PKP

Program-Rice4U-DUN-Parit-Yaani-diteruskan-sepanjang-PKP.jpg
Advertisement

BATU PAHAT, 14 JUL: Program ‘Rice4U’ anjuran Adun Parit Yaani, Aminolhuda Hassan terus dijalankan sepanjang perintah kawalan pergerakan (PKP) dikuatkuasakan.

Kata Aminolhuda program sumbangan itu bukan sahaja dilaksanakan ketika PKP, malah telah dilakukan beliau semenjak menjadi Adun Parit Yaani pada 2013.

“Ia bermula semenjak saya menjadi Adun di sini (Parit Yaani) dan ia sentiasa dilakukan dengan sumbangan berterusan secara konsisten menyasarkan golongan kurang berkemampuan di sini.

Advertisement

“Untuk PKP pula tambahan bantuan telah dibuat dengan mengenal pasti golongan yang terjejas.

“Rice4U adalah hasil sumbangan dana dari pejabat Pusat Khidmat Rakyat Dun Parit Yaani dan sumbangan orang ramai yang mahu membuat kebajikan kepada penduduk di sini,” ujarnya.

Pengerusi Parti Amanah Negara (AMANAH) Johor itu turut mengakui bahawa terdapat peningkatan jumlah mereka yang terkesan akibat PKP.

Advertisement

“Kita memang maklum terdapat penambahan bilangan golongan yang terkesan dalam PKP yang dilaksanakan.

“Ada di antara mereka yang hilang punca pendapatan dan sebagainya. Kehidupan mereka yang sebelum ini berkemampuan, menjadi tidak berkemampuan.

“Mereka ini juga turut kita bantu. Kita tidak pernah memikirkan siapa mereka atau latar belakang mereka ketika memberikan sumbangan,” ujarnya lagi.

Advertisement

Johorkini

 

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top