BM | EN | 中文

Program ‘Rice For You’ DUN Parit Yaani diteruskan

rice-for-you-dun-parit-yaani.png
Advertisement

BATU PAHAT, 15 MAC: Program berkala ‘Rice For You’ dianjurkan Adun Parit Yaani dipergiatkan dengan lebih rancak bagi membantu golongan yang tidak berkemampuan.

Adun Parit Yaani, Aminolhuda Hassan berkata, program yang dimulakan sejak beliau menjadi Adun di kawasan itu semakin mendapat perhatian penduduk.

“Alhamdulillah, bukan sahaja sambutan dari penerima tetapi juga mendapat sambutan dari penyumbang yang mahu membantu meringankan bebanan penduduk di sini.

Advertisement

“Selama hampir dua penggal saya menjadi Adun di sini, program ini tetap diteruskan sama ada ketika kita (Pakatan Harapan) menjadi kerajaan mahu pun sewaktu kita menjadi pembangkang,” ujarnya ketika ditemui.

Beliau berkata, antara cabaran dihadapinya pada peringkat awal menjayakan program ini adalah untuk mendapatkan maklumat penerima dan mencari penyumbang.

Namun, usaha berterusan pihaknya bersama jentera parti, program ‘Rice For You’ kini menjadi suatu usaha yang dipandang murni penduduk di kawasan DUN Parit Yaani.

Advertisement

“Kita sedar usaha ini kecil, namun memberi kesan dalam meringankan bebanan mereka yang memerlukan.

“Apa yang penting adalah kemakmuran penduduk di sini. Saya akan cuba memastikan tidak ada golongan yang terpinggir untuk mendapat sumbangan.

“Saya akan memastikan selagi khidmat saya di sini masih ada, saya akan usaha untuk terus menyumbang dan memperluaskan progran ini,” ujarnya lagi.

Advertisement

Dalam pada itu beliau memaklumkan, terdapat penambahan mendadak penerima sumbangan susulan pandemik Covid-19 melanda.

Namun kata Aminolhuda, usaha itu akan terus dijalankan demi meringankan bebanan mereka.

Program ‘Rice For You’ diilhamkan Aminolhuda sebagai usaha kebajikan berterusan semenjak memegang jawatan sebagai Adun di Parit Yaani pada 2013.

Advertisement

Johorkini

 

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

scroll to top