BM | EN | 中文

Program NYP2Ce’20 latih bakal usahawan urus perniagaan

politeknik-metro-jb.jpg

Program National Young PolyCC Entrepreneurs, Let’s Make Your Pitch! 2020 (NYP2Ce’20) anjuran Politeknik Metro Johor Bahru (PMJB) dengan kerjasama Bahagian Ambilan & Pembangunan Pelajar Jabatan Pendidikan Politeknik Dan Kolej Komuniti dan Universiti Teknologi Malaysia (UTM)

JOHOR BAHRU, 12 MAC: Pelaksanaan program National Young PolyCC Entrepreneurs, Let’s Make Your Pitch! 2020 (NYP2Ce’20) anjuran Politeknik Metro Johor Bahru (PMJB) berjaya memberi kesedaran mengenai kepentingan business pitching (pemula idea perniagaan)

Pengarah program NYP2Ce’20, Dr Noraindah Abdullah Fahim berkata, peserta didedahkan dengan kaedah-kaedah ‘business pitching’ menggunakan Business Model Canvas (BMC).

“BMC merupakan model perniagaan dalam bentuk satu kanvas, yang digunakan oleh organisasi perniagaan untuk menguji kekukuhan idea perniagaan yang bakal dan sedang digunakan serta untuk melihat keseluruhan pengurusan dan operasi perniagaan.

“Ini supaya perniagaan dapat menjana keuntungan dan stabil dalam jangka masa yang panjang.

“Melalui BMC, usahawan dapat menggambarkan model perniagaan dengan mudah, cepat dan berkesan,” katanya.

Tambah beliau, melalui program peserta mendapat pendedahan mengenai teknik ‘pitching’ yang betul menggunakan sembilan blok BMC bermula dengan paparan keunikan produk, potensi pasaran, pesaing dalam industri, harga jualan, keuntungan yang dianggarkan.

Malah, golongan muda mendapat suntikan tentang kepentingan agar suatu paradigma bahawa cita-cita dan aspirasi seseorang tidak terhad hanya untuk mencari pekerjaan (job seeker), malah mencipta pekerjaan (job creator).

Sementara itu, Azirin Abdul Aziz, Pengarah Politeknik METrO Johor Bahru berkata, pihaknya menerima kira-kira hampir 300 penyertaan untuk disaring dengan 22 peserta daripada kategori pensyarah dan 269 orang peserta di kalangan pelajar.

Selepas tapisan, sepuluh pemohon daripada kategori pensyarah dan 51 orang daripada kategori pelajar terpilih untuk dipertandingan selama tiga hari itu iaitu bermula 9 Mac hingga 11 Mac 2020.

Katanya, (NYP2Ce’20) berjaya menyemarakkan usaha dan budaya keusahawanan dalam kalangan warga akademik termasuk pendidik dan pelajar demi mencapai manifestasi Dasar Keusahawanan Nasional.

“Dasar ini diharap menjadi tonggak kepada daya saing negara di waktu kita berhadapan dengan medan persaingan ekonomi global dan ledakan arus perubahan teknologi yang berkait terus dengan Revolusi Industri 4.0,” katanya lagi.

Johorkini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top