BM | EN | 中文

Program MOVAK diperluas kepada penduduk PPR, pekerja ladang

movak-vaksin.png
Advertisement

KUALA LUMPUR, 7 JUL: Program Mobilisasi Vaksin Komuniti (MOVAK) yang sebelum ini menyasarkan pemberian vaksin kepada penjaja kecil akan diperluas kepada penduduk Projek Perumahan Rakyat (PPR) dan masyarakat di ladang serta estet.

Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Zuraida Kamaruddin berkata sebagai permulaan, program itu akan ditumpukan di Selangor kerana jumlah jangkitan COVID-19 yang tinggi dan belum menunjukkan tanda penurunan.

“Program ini akan melibatkan 15 bas vaksinasi yang akan memfokus kepada 12 pihak berkuasa tempatan (PBT) serta Projek Perumahan Rakyat (PPR) yang mempunyai kepadatan penduduk tinggi di Selangor sebelum ke negeri lain,” katanya selepas meninjau projek rintis MOVAK di Dewan Datuk Ahmad Razali di sini.

Advertisement

Mengulas program itu, Zuraida berkata ia mendapat sambutan balk dalam kalangan penjaja di bawah Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) apabila kesemua 504 individu yang diberikan janii temu vaksinasi hadir untuk mendapatkan suntikan vaksin masing-masing.

Menteri Perpaduan Negara Datuk Halimah Mohamed Sadique, yang turut hadir, pula berkata MOVAK akan menambah 10 bas bagi digerakkan ke kawasan ladang di seluruh negara bagi memastikan masyarakat di lokasi itu tidak tercicir untuk mendapatkan vaksin.

Beliau berkata berdasarkan makiumat yang diterima, kadar pendaftaran vaskinasi dalam kalangan masyarakat India yang tinggal di ladang dan estet masih rendah.

Advertisement

Katanya oleh itu, bas MOVAK akan turut digerakkan ke Johor untuk ke ladang dan estet yang jauh dari kemudahan Pusat Pemberian Vaksin (PPV) bagi mendaftarkan masyarakat di kawasan tersebut terutama di daerah Segamat, Labis dan Ledang.

Halimah turut memberi jaminan program MOVAK di ladang terbabit tidak bertindih dengan inisiatif PPV bergerak Kementerian Pembangunan Luar Bandar yang juga memberi tumpuan kepada program vaksinasi kepada masyarakat Orang Asli.

MOVAK merupakan inisiatif Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan bersama dengan Kementerian Perpaduan Negara bagi membantu serta melancarkan Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan dalam usaha negara mencapai imuniti kelompok.

Advertisement

Bernama

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top