BM | EN | 中文

Program memperkasa wanita DUN Mahkota bantu jana pendapatan

IMG-20200221-WA0008.jpg

ADUN Mahkota, Muhamad Said Jonit ketika hadir majlis perasmian Program Memperkasakan Wanita Kampung di Balai Raya Kampung Palembang, Kluang, baru-baru ini.

Advertisement

KLUANG, 21 FEB: Program bagi memperkasa golongan wanita perlu diadakan secara berterusan agar negara dapat memanfaatkan potensi golongan tersebut selain mencipta peluang setanding dalam semua bidang, dalam masa sama tiada pihak dipinggirkan.

ADUN Mahkota, Muhamad Said Jonit berkata, melalui program latihan dan bengkel yang diadakan, ia dapat membantu memperkasakan kaum wanita khususnya suri rumah, ibu tunggal dan mereka yang tergolong dalam kumpulan B40 di luar bandar.

“Seramai 30 peserta dari penduduk Kampung Palembang telah menyertai bengkel kemahiran kraftangan bunga konvo.

Advertisement

“Tujuan pelaksanaan program ini adalah membantu golongan wanita untuk memperolehi ilmu kraftangan dan sekaligus menjana pendapatan mereka dan membantu dalam meringankan beban keluarga mereka,”katanya.

Terdahulu, beliau hadir merasmikan Program Memperkasakan Wanita Kampung di Balai Raya Kampung Palembang anjuran Pejabat DUN Mahkota bersama Pertubuhan Kebajikan Jalinan Wanita Mahkota Kluang Johor (JELITA).

Hadir sama Ketua Kampung MPKK Kampung Palembang, Musa Mohd Amin, Pegawai Penerangan Daerah Kluang, Shahrir Sani serta penyelaras kanan Kemas parlimen Kluang, Resilah Said.

Advertisement

Tambahnya, program yang turut dianjurkan dengan kerjasama Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) serta Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) itu mendapat sambutan yang menggalakkan daripada penduduk setempat.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top