BM | EN | 中文

Program ‘Lori Selangor Agro Market’ bantu golongan terjejas raih pendapatan

PKPS-cipta-peluang-kerja-jual-barangan-melalui-lori-bergerak.png

Pengunjung mendapatkan barangan basah dan kering melalui Lori Selangor Agro Market anjuran Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS) di Shah Alam (Gambar Ehsan SelangorKini)

Advertisement

SHAH ALAM, 28 JAN: Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS) mengenal pasti individu hilang pekerjaan yang memiliki lori atau van untuk menceburi bidang keusahawanan.

Ketua pegawai eksekutifnya, Datuk Abdul Ghariff Ramin, berkata peluang berniaga melalui Lori Selangor Agro Market membantu golongan terjejas meraih pendapatan bagi meneruskan kelangsungan hidup.

Beliau menjelaskan individu terlibat akan dibekalkan produk dari ladang perbadanan itu untuk dijual kepada komuniti setempat.

Advertisement

“Selepas dikenal pasti, kita akan tampal pelekat tertera logo perkhidmatan sebelum boleh beroperasi secara bergerak,” katanya, lapor SelangorKini.

Sementara itu, jelasnya, harga barangan makanan segar yang ditawarkan melalui lori bergerak PKPS murah 30 peratus berbanding pasaran bagi meringankan beban pembeli.

“Pendekatan ini bukan sahaja menjimatkan perbelanjaan harian malah mereka tidak perlu bersusah-payah ke pasar untuk membeli barangan basah,” kata Abdul Ghariff lagi.

Advertisement

PKPS memperkenal program Lori Selangor Agro Market bagi memudahkan orang ramai mendapatkan barangan makanan segar sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan.

Jualan berkonsep kendera saji akan bergerak ke lokasi terpilih di semua daerah pada setiap hari kecuali Isnin bermula jam 8 pagi hingga 1 petang.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top