BM | EN | 中文

PROGRAM KHATAN PERDANA KAWASAN 2 MUKIM API-API MERIAH

khatan.jpg
Advertisement

PONTIAN, 10 DIS: Kawasan 2 Mukim Api-Api, Pontian hari ini meriah dengan Program Khatan Perdana anjuran Pejabat Khidmat ADUN Pulai Sebatang.

Program yang melibatkan kira-kira 30 orang kanak-kanak dari Kampung Haji Sapran dan sekitar kawasan DUN Pulai Sebatang ini turut diserikan dengan majlis potong pulut kuning.

Lebih meriah lagi apabila kanak-kanak yang bakal dikhatankan disiram air oleh sekumpulan bomba sebagai pengganti tradisi berendam dalam air sebelum khatan.

Advertisement

ADUN Pulai Sebatang, Taqiuddin Che Man berkata program ini sangat baik apabila mendapat sokongan padu ibu bapa yang datang menghantar anak mereka berkhatan.

“Program yang mengisi cuti sekolah ini juga dapat eratkan hubungan masyarakat dengan ketua kampung, penghulu dan imam dan pemimpin tempatan,” katanya.

Menurut Ketua Kampung Kawasan 2 Mukim Api-Api, Samsudin Admin berkata, program ini merupakan inisiatif ADUN Pulai Sebatang secara tahunan dan pada tahun ini Kawasan 2 Mukim Api-Api jadi tuan rumah.

Advertisement

“Selain dapat merapatkan silaturahim sesama penduduk kampung dan pemimpin tempatan, program ini juga dapat meringankan beban ibu bapa kerana perkhidmatan khatan ini ditanggung Pejabat DUN Pulai Sebatang sepenuhnya,” kata Samsudin.

JohorKini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top