BM | EN | 中文

Program Kembali Ke Sekolah DUN Johor Jaya beri manfaat 700 murid

DUN-johor-jaya-back-to-school-scaled.jpg

(Dari kiri) Cikgu SJKC Nam Heng, Ngoh Hooi Soo; Ahli Majlis MPPG Zon Seri Alam 2, Jessica Oh; Pengerusi PIBG, Lim Ah Ban; Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Negeri Johor, YB Liow Cai Tung; Guru Besar SJKC Nam Heng, Wong Lai Jing; Ahli Majlis MPPG Zon Seri Alam 1 Ku Chee Chen; Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid (GPK HEM) SJKC Nam Heng, Tan Ai Nee bersama penerima sumbangan di Program Back To School 2020.

Advertisement

JOHOR BAHRU, 30 DIS: Program penyerahan bantuan ‘Back To School’ di sekitar DUN Johor Jaya telah memberi manfaat kepada seramai 700 orang murid sebagai persediaan untuk sesi persekolahan tahun 2020 yang bakal tiba.

ADUN Johor Jaya, Liow Cai Tung berkata program tersebut adalah acara tahunan di bawah DUN Johor Jaya yang mensasarkan kepada pelajar dari keluarga kurang berkemampuan dan berpendapatan rendah.

Penerima sumbangan bergambar bersama tetamu pada Program Back To School 2020 dengan kerjasama BSMM Cabang Johor Bahru di SJKC Johor Jaya.

Katanya, program tersebut adalah hasil kerjasama bersama Bulan Sabit Merah Malaysia Cabang Johor Bahru di mana penerima merupakan pelajar-pelajar dari SJKC Johor Jaya, SJKC Nam Heng dan SJKC Chien Chi.

Advertisement

“Antara barangan sekolah yang diberikan adalah set beg sekolah, peralatan tulis serta baju pendidikan jasmani dan kesihatan.

“Selain itu, saya selaku Pengerusi Yayasan Pasir Gudang turut menyampaikan bantuan kepada seramai 1,000 orang pelajar dipilih melalui pejabat DUN dan juga Ahli Majlis bagi setiap zon penduduk,” kata Cai Tung.

Beliau berkata, setiap pelajar telah menerima bantuan berupa alat tulis dan beg sekolah serta baucar bernilai RM80.00.

Advertisement

“Semoga segala usaha ini dapat membantu meringankan bebanan ibu bapa selain membela nasib pelajar-pelajar dan memberikan semangat kepada mereka dalam menghadapi sesi persekolahan yang baharu pada tahun 2020,” katanya lagi.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top