BM | EN | 中文

PROGRAM KAMPUNGKU SIHAT TINGKAT KESEDARAN PENGESANAN PENYAKIT

dz-dzulkefly-dr-sahruddin-kampungku-sihat.jpg
Advertisement

PONTIAN, 26 OKT: Program Kampungku Sihat, merupakan inisiatif Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dalam memberi kesedaran berkaitan kesihatan kepada rakyat.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad berkata melalui program tersebut, ia dapat membantu penduduk yang berada di luar bandar melakukan saringan pemeriksaan kesihatan agar tindakan pengesanan dan rawatan dapat dilakukan.

“Pengisian program ini oleh pasukan perubatan bertujuan menyampaikan kepentingan ujian saringan bagi mengesan risiko penyakit tidak berjangkit,” kata Dr. Dzulkefly.

Advertisement

Beliau berkata demikian pada program Program Kampungku Sihat, Peringkat Daerah Pontian Sihat di Mukim Penghulu Serkat, di sini hari ini.

Katanya, pada program tersebut kali ini melibatkan 12 buah kampung dari DUN Kukup dan DUN Pekan Nenas.

Program sama turut dibantu kira-kira 330 pelatih dari Institusi Latihan KKM selain anggota kesihatan Pejabat Kesihatan Pontian.

Advertisement

Menurutnya lagi, program ini turut mendapat kerjasama dari pelbagai pihak bagi memastikan warga Pontian tidak terdedah kepada risiko penyakit.

Terdahulu kata Dr Dzulkefly, melalui Program Kampungku Sihat sejumlah 92 kampung dari seluruh negara telah dilawati dan 4,396 orang telah menjalani saringan bagi pemeriksaan penyakit tidak berjangkit

Selain itu sejumlah 3,545 menjalani saringan diabetes manakala 3,266 jalani saringan sakit jantung.

Advertisement

Johorkini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

scroll to top