BM | EN | 中文

Program “Iskandar Puteri Rendah Karbon” pemangkin tingkat kadar kitar semula

SWM-Environment.png
Advertisement

ISKANDAR PUTERI, 19 OKT: Program Iskandar Puteri Rendah Karbon adalah pemangkin untuk meningkatkan kadar kitar semula kebangsaan kepada 40 peratus menjelang tahun 2025 seperti disasarkan oleh pihak erajaan, menurut Pengurus besar SWM Environment Mohd Norlisam Mohd Nordin.

Katanya, melalui inisiatif kitar semula berganjaran, KITARecycle SWM Environment berkonsepkan ekonomi kitaran selari dengan agenda pihak kerajaan di bawah Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK-12).

Katanya, ia mampu menerap dan meningkatkan amalan kitar semula dalam membangunkan masyarakat rendah karbon di kawasan Majlis Bandaraya Iskandar Puteri (MBIP).

Advertisement

“Sebanyak 4,834 kilogram barangan kitar semula telah berjaya dikumpulkan melalui Kaunter Kutipan Bergerak KITARecycle dan Kaunter Pandu Lalu KITARecycle sepanjang tempoh penganjuran pertandingan kalendar pada tahun ini.

“SWM Environment komited untuk turut membimbing komuniti dan institusi yang telah berjaya ditawarkan Geran Komuniti Iskandar Puteri Rendah Karbon 1.0 selari dengan konsep perkongsian sumber (shared resources) Strategi Lautan Biru,” katanya dalam satu kenyataan.

SWM Environment menjalinkan kerjasama lingkaran empat (quadruple helix) dengan Universtiti Teknologi Malaysia (UTM), IRDA, Jabatan Pendidikan Negeri Johor (JPNJ) dan MBIP.

Advertisement

Program itu melibatkan penyerahan Geran Komuniti Iskandar Puteri Rendah Karbon 1.0; dan pertandingan Kalendar Iskandar Puteri Rendah Karbon 2021.

Sementara itu, Pengerusi Sekolah Pendidikan, Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan (FSSK) UTM, Profesor Dr. Fatin Aliah Phang Abdullah berkata, kejayaan kedua-dua inisiatif di bawah Program Iskandar Puteri Rendah Karbon kerana jalinan kerjasama quadruple helix telah menggabungkan peranan dan kepakaran organisasi yang terdiri daripada institusi pendidikan, pihak berkuasa tempatan (PBT), agensi kerajaan dan industri untuk mencapai Matlamat Pembangunan Mampan (SDG) 2030.

Katanya, UTM sememangnya komited untuk memindahkan ilmu dan teknologi kepada komuniti dalam usaha mengurangkan pelepasan karbon.

Advertisement

“Kepakaran dan kerjasama pelbagai fakulti di UTM dalam usaha menyokong usaha rendah karbon MBIP diiktiraf melalui inisiatif geran tersebut yang telah dianugerahkan kepada enam orang pensyarah bagi melaksanakan projek pintar.

“Sebanyak 1,229,550.73 kilogram karbon dioksida (kgCO2) telah dikurangkan melalui dua inisiatif tersebut sahaja.

“Manakala, sebanyak 7,732 kilogram sisa fabrik telah berjaya dikumpulkan melalui aktiviti poket dan pengumpulan di tong fabrik terpakai yang ditempatkan oleh Kloth Care di Sutera Mall dan Sekolah Pendidikan UTM sebagai usaha mengurangkan pembuangan dan menyelamatkan sisa fabrik daripada dihantar ke tapak pelupusan,” katanya lagi.

Advertisement

Johorkini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top