BM | EN | 中文

Program Insan Johor bantu peniaga B40, M40 terjejas akibat Covid-19

Program-Insan-Johor-PIJ-2020.png
Advertisement

KOTA ISKANDAR, 11 JUN: Kerajaan Johor melalui Unit Strategik Modal Insan Johor (SMI) akan melaksanakan Program Insan Johor (PIJ) yang akan memberi manfaat kepada golongan peniaga B40 dan M40 yang terjejas akibat penularan wabak Covid-19.

Mohd Izhar Ahmad

Exco Pelaburan, Pembangunan Usahawan, Koperasi dan Sumber Manusia negeri Mohd Izhar Ahmad berkata PIJ berhasrat meneruskan legasi kemakmuran negeri dalam pelbagai bidang dan mengukuhkan agenda pembangunan modal insan demi manfaat rakyat di negeri ini.

Katanya, program ini menyediakan bantuan peralatan untuk membolehkan kumpulan sasar menyertai atau menjalankan projek-projek ekonomi dengan lebih aktif.

Advertisement

“Matlamatnya adalah menyuntik daya saing, menambah pendapatan serta meningkatkan taraf hidup ahli masyarakat dan seterusnya merancakkan lagi kegiatan ekonomi negeri Johor,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Tambah beliau, kumpulan sasar bagi pelaksanaan program ini terdiri daripada para peniaga B40 dan M40 yang terkesan teruk susulan arahan PKP akibat penularan Pandemik Covid-19.

Skop bantuan adalah pemberian mesin atau peralatan baru yang berkaitan pakej yang dimohon dan bukanlah untuk pembaikan, penyelenggaraan dan penambahan mesin atau peralatan sedia ada.

Advertisement

“Terdapat lima pakej bantuan yang ditawarkan iaitu Pakej Jahitan, Pakej Automotif, Pakej Agro, Pakej Gunting Rambut Lelaki, Pakej
Makanan dan Minuman bagi pelaksanaan projek ekonomi.

“Bantuan ini juga merangkumi latihan dan kursus kemahiran bertujuan memberi pendedahan kepada peserta berkaitan kemahiran asas seperti ‘’online marketing’’ dan pengurusan kewangan,” kata Izhar yang juga Adun Larkin.

Jumlah penerima manfaat program ini yang disasarkan adalah minima 100 orang peniaga yang telah mendaftarkan perniagaan dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM), sebelum atau pada 31 Disember 2019.

Advertisement

Permohonan Program Insan Johor boleh diisi melalui platform ‘’Google Form’’ dan pautan boleh didapati di Facebook Unit Strategik Modal Insan Johor bermula 11 Jun 2020, Khamis jam 3.00 petang.

Untuk sebarang maklumat lanjut, orang ramai boleh melayari laman Facebook Unit Strategik Modal Insan Johor atau boleh menghubungi urusetia di talian 07-266 7271 / 7269.

Tarikh tutup permohonan adalah pada hari Sabtu, 4 Julai 2020.

Advertisement

Johorkini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

scroll to top