BM | EN | 中文

Program Hari Gunung Johor ditunda ke 28 November

Persatuan-Malim-Gunung-Johor-PMGJ.png
Advertisement

JOHOR BAHRU, 5 NOV: Sambutan Hari Gunung Johor dengan program pendakian di lima buah gunung di negeri ini yang dijadualkan pada 7 November ditunda ke 29 November, menurut Persatuan Malim Gunung Johor (PMGJ).

PMGJ pada kiriman di laman facebook persatuan itu memberitahu, penangguhan itu sebagai salah satu usaha bagi membantu pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dalam usaha melandaikan graf lengkok jangkitan Covid-19 yang kini sedang melanda negara.

“Sehubungan dengan itu demi menjaga keselamatan awam rakyat Malaysia dan juga melawan pandemik yang sedang melanda negara kita, pihak penganjur Johor Mountain Day 2020 (JMD2020) mengambil keputusan untuk menunda penganjuran JMD2020 kepada tarikh yang baru untuk bersama-sama dalam melandaikan jumlah kes Covid yang sedang meningkat kini.

Advertisement

“Tarikh yang baru ialah pada 28 November 2020 seperti yang dipersetujui selepas perbincangan dengan Jabatan Perhutanan Negeri Johor pada 2 November 2020,” menurut kenyataan PMGJ.

Dalam pada itu penganjur JMD2020 turut meminta kepada semua perserta dan juga pihak yang terlibat supaya sentiasa menjaga kesihatan dan juga mematuhi SOP yang telah digariskan untuk kesejahteraan bersama.

Hari Gunung Johor 2020 merupakan program yang dianjurkan oleh PMGJ dengan acara pendakian ke lima puncak gunung di lima daerah di Johor.

Advertisement

Lima gunung yang dipilih adalah Gunung Arong di Mersing, Gunung Banang di Batu Pahat, Gunung Belumut di Kluang, Gunung Panti di Kota Tinggi dan Gunung Bekok di Segamat.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top