BM | EN | 中文

Program ‘Golden Age Be Young’ – pupuk kesedaran kesihatan di kalangan warga emas

rahani-1.jpg

Rahani (kiri) dan Kelvin (kanan) ketika melawati pameran jantung di hospital tersebut pada program ‘Golden Age Be Young’ yang diadakan baru-baru ini

Advertisement

JOHOR BAHRU, 20 DIS: Bagi memupuk kesedaran penjagaan kesihatan di masa depan, Columbia Asia Hospital – Tebrau telah mengadakan program ‘Golden Age Be Young’, baru-baru ini.

Program yang menfokuskan tips dan nasihat penjagaan diri dan kesihatan di kalangan warga emas itu merupakan program komuniti yang dianjurkan oleh hospital tersebut, di sini.

Turut hadir untuk berkongsi tips dan nasihat kesihatan termasuklah Pengurus Besar (Regional) Columbia Asia Hospital – Tebrau, Rahani Yaacob dan bebrapa orang pakar hospital tersebut.

Advertisement

Rahani berkata, antara perkara yang harus diberikan perhatian termasuklah aktiviti senaman bagi mengekalkan kecerdasan dan kesihatan tubuh badan.

“Tetapi bagi golongan orang tua, anda tidak perlu melakukan senaman yang boleh cenderung kepada kecedaran diri sendiri.

“Antara senaman yang sesuai diketengahkan bagi golongan ini adalah ‘brisk walk’ atau lebih dikenali berjalan dengan laju sebagai senaman harian,” katanya.

Advertisement

Beliau berkata demikian ketika berucap pada sesi perkongsian bersama pengunjung di majlis perasmian ‘Golden Age Be Young’ kesihatan dan kesejahteraan untuk warga emas, di sini, baru-baru ini.

Pada program tersebut, pengunjung turut menyertai rutin senaman kardio yang turut dihadiri Ketua Pegawai Eksekutif Columbia Asia Southeast Asia, Kelvin Tan.

Antara aktiviti yang diadakan pada program ‘Golden Age Be Young’

Pengunjung turut sempat menyertai sesi perkongsian bersama pakar kardiologi dan bedah Ortopedik yang masing-masing kongsikan tips penjagaan jantung dan tentang Osteoporosis.

Advertisement

Tambahnya, mengamalkan diet seimbang seperti banyak makan sayur-sayuran dan perbanyakkan minum air juga merupakan antara perkara yang harus diberikan perhatian golongan ini.

“Dengan mengamalkan pemakanan yang sihat selain sering menjalani ujian saringan kesihatan dan perbanyakkan membaca, kesihatan diri boleh dikekalkan walaupun pada usia tua,” katanya.

Dalam pada itu, Rahani turut menasihati orang ramai supaya sentiasa mempunyai fikiran yang positif dan merapatkan perhubungan bersama orang ramai seperti membantu jiran, kawan-kawan dan sebagainya.

Advertisement

Johorkini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top