BM | EN | 中文

Program Dapur Harapan Bakri masuk minggu kedua

Program-Dapur-Harapan-parlimen-Bakri-masuk-minggu-kedua.jpg
Advertisement

MUAR, 30 JUN: Inisiatif Dapur Harapan Bakri (DHB) yang diilhamkan ahli parlimennya, Yeo Bee Yin membantu 120 penerima dari keluarga yang terkesan dengan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0.

Kata Bee Yin, program itu bertujuan untuk mengagihkan makanan tengahari percuma kepada penduduk-penduduk di Bakri yang memerlukannya setiap Isnin, Rabu dan Jumaat di enam gerai yang berbeza di kawasan parlimen Bakri.

“Program ini telah dimulakan sejak minggu lepas dan mendapat sambutan yang menggalakkan daripada komuniti tempatan.

Advertisement

“Selain daripada pengagihan bakul makanan, Pusat Khidmat Rakyat Parlimen Bakri juga telah melancarkan Program Dapur Harapan Bakri pada minggu lepas.

“Pada hari ini, 120 pek makanan telah diedarkan di Parit Zin dan Parit Haji Yaakob. Kami akan tingkatkan lagi minggu depan mengikut keperluan,” kata Bee Yin dalam satu kenyataan.

Terdahulu, beliau turut melawat ke gerai-gerai yang membuat persiapan untuk pengagihan makanan tengahari percuma hari ini di Gerai Hamidah Ahmad kepada penduduk-penduduk di Parit Arab, Parit Kelantan, Parit Hassan Ahmad 1, Parit Hassan Ahad 2 sehingga kawasan Seri Sempadan dan juga Ah Tuck Kopitiam di Jalan Haji Jaib.

Advertisement

“Selain daripada mereka yang dalam senarai, penduduk-penduduk yang memerlukan boleh walk-in sahaja di gerai tersebut, medaftarkan nama dan mendapat makanan terus.

“Pemilik gerai akan masukkan nama di senarai untuk pengagihan minggu yang seterusnya,” kata mantan Menteri Tenaga, Teknologi, Sains, Perubahan Iklim dan Alam Sekitar itu.

Tambahnya lagi, kepada mereka yang memerlukan, gerai-gerai yang terlibat dalam agihan makanan tengahari percuma akan dipasang kain pemidang seperti yang tertera.

Advertisement

“Boleh walk-in sahaja. Dengan adanya peruntukan baru RM 300,000, program ini akan diperluaskan kepada lebih banyak gerai yang berbeza di kawasan Bakri dan kekerapan pengagihan setiap minggu juga akan dipertingkatkan.

“Kami juga mengalu-alukan derma bekalan seperti telur, sayur, daging, ayam, ikan dan sebagainya, supaya kami boleh agihkan kepada gerai-gerai yang membuat persiapan makan untuk menambah lauk dalam pek-pek makanan percuma,” ujarnya lagi.

Untuk maklumat lanjut mengenai cara mendapatkan bantuan atau membuat derma bagi program kebajikan, orang ramai boleh menghubungi pusat khidmat melalui parlimen Bakri melalui aplikasi whatsapp atau panggilan di talian 017-3233166.

Advertisement

Johorkini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top