BM | EN | 中文

Program bimbingan SPM secara online anjuran kerajaan Selangor dapat sambutan

Program-Siri-Tambahan-Sekolah-Assist-Selangor-SPM.jpg

Gambar Ehsan SelangorKini

Advertisement

SHAH ALAM, 13 JUL: Program Siri Tambahan Sekolah (Assist) menerima sambutan menggalakkan apabila disertai kira-kira 200 calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) bagi setiap modul dijalankan secara maya.

Ketua unit sekolah Team Selangor, Muhamad Haziq Fikri berkata program kesinambungan SkorLAH SPM memasuki bulan kedua itu menawarkan pakej mata pelajaran bahasa Inggeris, Matematik dan Fizik mengikut sukatan pembelajaran Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).

“Jika tahun lepas, ia dibuat secara dalam talian dan mengumpulkan pelajar yang tiada akses internet di satu tempat, namun disebabkan penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketat (PKPD), kita terpaksa tukar format pembelajaran tersebut.

Advertisement

“Alhamdulillah, kehadiran pelajar di seluruh negeri mampu cecah 200 orang tetapi berubah-ubah kerana mungkin ada dalam kalangan mereka tidak dapat turut serta atas faktor tertentu,” kata Muhamad Haziq, lapor SelangorKini.

Beliau berkata pihaknya sedang mencari guru terlatih untuk membimbing pelajar bagi mata pelajaran Sejarah yang akan dimasukkan dalam program tersebut tidak lama lagi.

“Walaupun program dibuat dalam talian namum rata-rata pelajar berpuas hati dan aktif setiap kali mengikutinya. Dengan kebebasan diberikan, mereka seperti belajar dalam kelas biasa.

Advertisement

“Kita juga akan lihat prestasi pelajar terutama pada peperiksaan pertengahan tahun yang dijangka bulan ini,” katanya.

Pada Februari, sukarelawan Team Selangor menganjur program SkorLAH SPM secara percuma khusus untuk pelajar keluarga berpendapatan rendah (B40).

Johorkini

Advertisement

 

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top