BM | EN | 中文

PROGRAM BERKAITAN PERTANIAN DI TG PIAI AKAN DITERUSKAN

PROGRAM-TG-PIAI-e1569830546268.jpg
Advertisement

PONTIAN, 30 SEPT: Program-program berkaitan pertanian di Parlimen Tanjung Piai, di sini akan diteruskan bagi kepentingan masyarakat setempat, kata Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Salahuddin Ayub.

Menurutnya, pihaknya tidak akan menunggu peruntukkan daripada Belanjawan 2020 untuk terus memastikan program-program ini berjalan dengan lancar sepanjang tahun ini.

“Sebagai contohnya pengenalan Skim Rezeki Ternak serta program-program untuk membaik pulih jalan-jalan akses ke kebun-kebun khasnya untuk penduduk kampung di sini.

Advertisement

“Antara usaha lain termasuklah pengenalan tanaman ‘cash crop’ atau tanaman kontan yang dapat memberi manfaat kepada petani di sini,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada wartawan selepas menghadiri Majlis Ramah Mesra Menteri Besar Johor bersama Ketua-ketua Kampung Tanjung Piai, di sini.

Salahuddin yang juga Ahli Parlimen Pulai berkata, pihaknya sedang memperlihat keperluan yang sememangya diperlukan khususnya dalam kawasan ini, sama ada peruntukkan daripada pejabat menteri besar atau daripada kementerian pertanian.

Advertisement

“Saya juga telah banyak kali mengadakan dialog-dialog bersama para nelayan di sini seperti di Ayer Baloi, Tanjung Piai dan juga kerap membuat pantauan tanaman di sini contohnya melalui usaha ‘cash crop’,” katanya.

Adun Simpang Jeram juga turut menyeru ketua-ketua kampung untuk kemukakan apa-apa dokumen berkaitan projek pembangunan yang telah diusulkan oleh Allahyarham Datuk Wira Dr Md Farid Md Rafik.

Katanya, pihaknya akan berusaha untuk pastikan segala projek tersebut berjalan dengan lancar bagi kebaikan masyarakat.

Advertisement

Johorkini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top