BM | EN | 中文

PROFIL DATUK WIRA DR MD FARID MD RAFIK

DR-MD-FARID.jpg

Datuk Wira Dr Md Farid Md Rafik merupakan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Perpaduan Negara dan Kesejahteraan Sosial).

Allahyarham juga merupakan Ahli Parlimen Tanjung Piai setelah memenangi kerusi tersebut pada Pilihan Raya Umum Malaysia ke-14 (PRU14), tahun lalu.

Mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Andek Mori, Pontian sebelum meneruskan pelajaran di Sekolah Muzaffar Syah di Melaka.

Dengan keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang cemerlang, Allahyarham kemudiannya ditawarkan untuk melanjutkan pelajaran di peringkat A-Levels di Bedford Modern School, United Kingdom.

Kerjaya Allahyarham dalam bidang perubatan bermula pada 2001 setelah  tamat pembelajaran di University of Belfast, United Kingdom (UK) dengan kelulusan Ijazah Muda Perubatan.

Seterusnya, pada tahun 2008, Allahyarham telah lulus Ijazah Kepakaran Anesthesia dari College of Anaesthesia, Royal College of Surgeon Ireland (RCSI).

Setelah itu, Allahyarham meneruskan khidmat sebagai pakar anesthesia di UK sebelum berhijrah semula ke Malaysia pada tahun 2014.

Penglibatan Allahyarham dalam bidang politik bermula selepas beliau pulang ke negara ini.

Ianya hanya bermula setelah ibunya, Norma Mohamed yang merupakan bekas Ketua Wanita UMNO Tanjung Piai, keluar daripada parti tersebut, tiga tahun lalu.

Karya politiknya bermula bersama BERSATU dengan memegang jawatan Timbalan Ketua Bahagian Tanjung Piai.

Dalam pada itu, Allahyarham turut terlibat aktif dengan pelbagai aktiviti kemasyarakatan dalam kawasannya sebelum bertanding dalam PRU14 dan berjaya merebut kerusi itu.

Allahyarham memenangi kerusi berkenaan dalam pertandingan tiga penjuru dengan majoriti 524 undi.

Allahyarham mendapat 21,255 undi apabila menewaskan penyandang kerusi itu, Wee Jeck Seng daripada BARISAN NASIONAL yang meraih 20,731 undi.

Sementara seorang lagi pencabarnya, Nordin Othman daripada PAS pula hanya menerima 2,962 undi.

Sepanjang hayatnya, Allahyarham menerima pelbagai anugerah dan penghargaannya.

Ini termasuklah Darjah Cemerlang Seri Melaka (DCSM) yang membawa gelaran Datuk Wira oleh Yang Dipertua Negeri Melaka, Tun Dr Mohd Khalil Yaakob pada Oktober 2018.

Selain itu, Allahyarham turut dianugerahkan dengan Pangkat Kehormat oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia yang membawa gelaran Timbalan Pesuruhjaya Bomba (Kehormat) pada Januari lepas.

Allahyarham mendirikan rumahtangga dengan Datin Wira Farah Syazwani Hanis Datuk Ismail pada tahun 2009 dan telah dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Sophie Farissya, Eva Ariaana dan Zara Aleena.

Johorkini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top