BM | EN | 中文

Produk pelancongan Selangor jadi tumpuan penerbit filem antarabangsa

SelangorKini.png

Salah satu destinasi pelancongan di Selangor, Sekinchan sering menjadi tumpuan penerbit filem tempatan dan antarabangsa (Gambar Ehsan SelangorKini)

Advertisement

SHAH ALAM, 5 JAN: Destinasi pelancongan di Selangor sering menjadi pilihan untuk penggambaran filem dokumentari antarabangsa sebelum negara dilanda pandemik Covid-19.

Exco Pelancongan Selangor, Hee Loy Sian berkata kepelbagaian kawasan unik menarik minat pembikin filem dari Taiwan, Jepun, Korea, India, Amerika Syarikat dan Hong Kong.

“Kebanyakan syarikat perfileman swasta ini membuat penggambaran mengenai produk ekopelancongan yang terdapat di Selangor terutama Sekinchan.

Advertisement

“Ini merupakan petanda baik kerana secara tidak langsung mereka membantu mempromosikan destinasi pelancongan kepada orang luar,” kata Hee.

Beliau berkata demikian pada program bual bicara: “Terbelakah Nasib Pengusaha Pelancongan” anjuran Media Selangor di sini malam tadi.

Pada masa sama, beliau berharap industri pelancongan kreatif terus menjadi penggerak pertumbuhan ekonomi negeri apabila sempadan negara dibuka kelak dan berharap Covid-19 segera berakhir.

Advertisement

Sebelum ini, SelangorKini melaporkan Menteri Besar, Datuk Seri Amirudin Shari sebagai berkata industri pelancongan negeri mampu dirancak kembali dengan mengenal pasti lokasi yang menjanjikan peluang perfileman antarabangsa kepada penggiat seni.

Badan pelancongan negeri, Tourism Selangor pula memaklumkan produk yang menjadi lokasi utama penggambaran seperti Batu Caves, Kuala Kubu Bharu, Sekinchan, Litar Antarabangsa Sepang dan Masjid Biru Shah Alam.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

scroll to top