BM | EN | 中文

PRODUK PELANCONGAN JOHOR JADI PILIHAN PAMERAN MATTA

PRODUK-PELANCONGAN-JOHOR-JADI-PILIHAN-PAMERAN-MATTA.jpg
Advertisement

JOHOR BAHRU 10 SEPT: Produk pelancongan Johor antara yang menjadi tumpuan dalam kalangan pengunjung sempena Pameran Persatuan Ejen-ejen Pelancongan dan Pengembaraan Malaysia (MATTA) yang berlangsung di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) minggu lalu.

Menurut Presiden MATTA, Datuk Tan Kok Liang, negeri di selatan tanahair ini akan mengadakan Tahun Melawat Johor tahun depan sekali gus menjadi sasaran pengunjung untuk memilih destinasi percutian mereka nanti.

Katanya, sebanyak 20 tempat pelancongan menarik di negeri itu melibatkan keseluruhan daerah bakal menjadi tumpuan sekali gus menarik minat pengunjung mencari destinasi pilihan ketika bercuti di situ.

Advertisement

“Berdasarkan statistik Jabatan pelancongan negeri, Johor mencatat sebanyak 7.8 juta kemasukan pelancong tahun lalu dan selari dengan Tahun Melawat Johor 2020.

“Pameran Matta tahun ini diharap dapat menggalakkan lagi industri pelancongan di sana sekali gus mampu meningkatkan kemasukan sehingga 8.4 juta pelancong tahun depan.

“Kemasukan pelancong dalam dan luar negara ke negeri itu adalah bukti bahawa Johor muncul sebagai destinasi pelancongan utama negara yang mempunyai produk pelancongan berkualiti untuk ditawarkan kepada pelancong antarabangsa,” katanya.

Advertisement

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif MATTA, Phua Tai Neng berkata pameran tahun ini di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini akan mengenengahkan 1,398 reruai.

Dewan bagi domestik menempatkan kebanyakan reruai pejabat pelancongan negeri, dengan Johor merupakan negeri tumpuan kali ini memandangkan tahun depan merupakan Tahun Melawat Johor.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top