BM | EN | 中文

Produk Energy Candy disyaki mengandungi bahan terlarang

IMG-20200217-WA0010.jpg
Advertisement

JOHOR BAHRU, 17 FEB: Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) melalui Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan (BKKM) telah menjalankan pemantauan ke atas produk Energy Candy susulan didakwa mengandungi bahan terlarang yang tular di media sosial.

Menurut Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia, Dr. Noor Hisham Abdullah, hasil analisis makmal ke atas produk Energy Candy yang dipercayai diimport disahkan mengandungi racun berjadual tadalafil.

“Bahan ini dilarang penggunaannya dalam makanan di bawah Akta Makanan 1983. Tadalafil adalah ubat terkawal yang digunakan dalam merawat pesakit yang mengalami masalah Erectile Dysfunction (mati pucuk).

Advertisement

“Ubat ini hanya boleh diberikan kepada pesakit di bawah pemantauan ahli profesional kesihatan berdaftar,” katanya dalam satu kenyataan media di laman twitternya, hari ini.

Tambah Dr. Noor Hisham lagi, penyalahgunaan tadalafil tanpa pengawasan boleh menyebabkan komplikasi seperti pengurangan atau kehilangan penglihatan dan pendengaran, penurunan tekanan darah mendadak sehingga ke peringkat yang berbahaya dan kesan terhadap sistem kardiovaskular seperti strok dan serangan jantung.

Sehubungan itu, larangan pengimportan telah dikeluarkan serta merta dan KKM ingin memberi amaran kepada sesiapa yang masih menyimpan stok produk ini agar menghentikan pengedaran dan penjualan termasuk jualan atas talian.

Advertisement

Tindakan boleh dikenakan di bawah Seksyen 13 Akta Makanan 1983 di mana jika disabitkan boleh dikenakan denda tidak melebihi RM100,000 atau penjara tidak melebihi 10 tahun atau kedua-duanya.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top