BM | EN | 中文

PRN Sarawak permulaan satu perjalanan panjang

lim-kit-siang.jpg
Advertisement

KUALA LUMPUR, 10 DIS: Ahli parlimen Iskandar Puteri, Lim Kit Siang menzahirkan harapannya supaya Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak yang bakal berlangsung 18 Disember ini, menjadi permulaan satu perjalanan panjang untuk menjadikan Sarawak dan Malaysia sebuah negara hebat berkelas dunia.

Beliau berkata, matlamat itu di mana manusia daripada pelbagai latar belakang, etnik, bahasa, agama dan budaya bersatu padu dengan harmoni untuk mencapai visi bersama.

“(Visi bersama itu) menjadi Malaysia negara hebat dalam daya saing di peringkat antarabangsa, tadbir urus baik tanpa rasuah, dan juga mempunyai kerajaan yang berkesan dan efisien,” katanya, lapor Roketkini

Advertisement

Ahli Parlimen Iskandar Puteri itu memberitahu, rakyat Malaysia telah mencapai keajaiban politik apabila kita menamatkan hegemoni politik UMNO dalam Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) pada tahun 2018.

Mengulas dakwaan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob kononnya prestasi keseluruhan 100 hari Ahli Jemaah Menteri berjaya mencapai 90 peratus daripada sasaran ditetapkan, Kit Siang berkata, hanya Ismail Sabri kan memberikan Kabinet markah seumpama itu.

“Sedangkan mereka tidak capai markah lulus 50 peratus pun,” kata beliau.

Advertisement

Menteri Kabinet dengan prestasi terbaik sudah tentunya adalah Menteri Kesihatan baharu, Khairy Jamaluddin, jelas Kit Siang, tetapi Ahli Parlimen Rembau itu juga tidak layak menerima lebih daripada markah lulus.

“Pada seratus hari pertama beliau pada 7 Disember 2021, Malaysia mencatatkan 4,966 kes dan 66 kematian akibat Covid-19, dan angka ini telah berubah menjadi lebih buruk kepada 5,466 kes dan 41 kematian akibat Covid-19 semalam.

“Pada 7 Disember, kita mencatatkan sejumlah 2,667,999 kes dan 30,719 kematian terkumpul akibat Covid-19,” katanya.

Advertisement

Semasa darurat diisytiharkan pada 11 Januari 2021 untuk melawan wabak Covid-19, menurut Kit Siang, 2,322 kes baharu dicatatkan dengan empat kematian – dengan sejumlah 138,224 kes terkumpul dan 555 kematian terkumpul.

“Adakah anda akan memberikan markah 90 peratus untuk pencapaian 100 hari yang mencatatkan kadar kes Covid-19 yang lebih dua kali ganda dan kadar kematian yang lebih 16 kali ganda berbanding dengan semasa darurat mula diisytiharkan?” soalnya.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

scroll to top