BM | EN | 中文

PRN Sarawak: Calon Batu Kitang senarai lapan isu belenggu penduduk

Calon-DAP-Batu-Kitang-senarai-8-isu-belenggu-penduduk-Abdul-Aziz-Isa.jpg

Gambar Ehsan Borneo Post Online

Advertisement

KUCHING, 9 DIS: Calon DAP di Dewan Undangan Negeri (DUN) Batu Kitang, Abdul Aziz Isa menyenaraikan lapan isu yang telah membelenggu penduduk di kawasan tersebut dan memerlukan tindakan sewajarnya.

Jelas Abdul Aziz, salah satunya adalah isu pengeluaran hak milik tanah kepada masyarakat Bidayuh di Kampung Tematu dan Kampung Semeba yang tergendala selama hampir 20 tahun.

Selain itu, beliau memberitahu, isu seterusnya adalah runtuhan jalan raya simpang Kampung Haji Baki yang mengambil masa hampir setahun untuk siap.

Advertisement

“Ketiga, isu kelewatan menyiapkan Lebuhraya Pan Borneo sehingga menyebabkan kesesakan lalu lintas yang amat teruk sepanjang Jalan Penrissen dan Jalan Kuching-Serian.

“Keempat, isu ketiadaan dewan serbaguna di sekolah kerajaan seperti Sekolah Kebangsaan (SK) Batu Kitang, SK Landeh dan SK Paya Mebi,” katanya lapor Roketkini.

Menurut Abdul Aziz, isu-isu lain merangkumi:

Advertisement

– Isu tanah perkuburan yang semakin padat terutamanya di Kampung Haji Baki dan Kampung Lidah Tanah

– Isu projek pembinaan dewan serbagunan Kampung Sebuak yang tertangguh hampir dua tahun

– Isu kerosakkan jalan raya di sepanjang Jalan Datuk Stephen Yong

Advertisement

– Isu tanah tidak bersukat di Kampung Paya Mebi, Kampung Sebuak, Kampung Landeh, Kampung Betong dan Kampung Bumbok.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

scroll to top