BM | EN | 中文

PRN Sabah: Peratus pengundian 58 peratus setakat jam 3 petang

PRN_sabah_SPR.jpg
Advertisement

KOTA KINABALU, 26 SEPT: Setakat jam 3 petang tadi, data Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menunjukkan 58 peratus daripada lebih 1,1 juta pengundi berdaftar sudah menjalankan tanggungjawab masing-masing.

Difahamkan angka itu adalah empat peratus lebih tinggi berbanding data pada jam 2 petang.

Seramai 1,088,711 daripada 1,103,646 pengundi biasa layak mengundi hari ini pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah ke-16.

Advertisement

Seramai 14,935 orang telah mengundi secara pos.

Hari ini, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menyediakan 2,540 saluran yang dibuka di 741 pusat mengundi.

Kerajaan Sabah juga telah mengisytiharkan hari ini sebagai Hari Kelepasan Am Khas bagi memudahkan rakyat Sabah menunaikan hak mengundi masing-masing.

Advertisement

SPR turut menjangkakan keputusan penuh PRN Sabah sebelum jam 10 malam ini bagi mengetahui wakil rakyat bagi 73 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) yang dipertandingkan.

Johorkini

 

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top