BM | EN | 中文

PRN Melaka tak dapat dielak, tapi perlu bersih, jujur

Lim-Kit-Siang.jpg
Advertisement

ISKANDAR PUTERI, 22 OKT: Pilihan raya negeri (PRN) Melaka akan menjadi ujian terhadap ketahanan demokrasi Malaysia dan juga ujian terhadap integriti parti-parti politik.

Ahll parlimen Iskandar Puteri, Lim Kit Siang berkata, negara sedang bergelut melahirkan sebuah landskap politik baharu, contohnya dengan kewujudan memorandum persefahaman kepercayaan-perbekalan-reformasi (CSA) yang ditandatangani Perdana Menteri Ismail Sabri dan empat orang pemimpin Pakatan Harapan

Justeru katanya, PRN Melaka mempunyai kesan yang lebih meluas, bukan sahaja untuk negeri itu sendiri, tetapi juga untuk negara.

Advertisement

“PRN Melaka tidak sepatutnya diadakan.

“Kerisauan dan kebimbangan penduduk di Melaka dan rakyat Malaysia bahawa PRN ini mungkin akan menyebabkan berlakunya gelombang penularan keempat seperti yang berlaku selepas PRN Sabah pada bulan September tahun lepas adalah kebimbangan yang perlu diambil berat.

“Tetapi, sekiranya pilihan raya di Melaka ini tidak dapat dielakkan, ia perlulah dijalankan secara bersih dan jujur, yang akan menjadi bukti kejayaan pertemuan empat tamadun hebat dunia di Malaysia,” kata Kit Siang, lapor Roketkini.

Advertisement

Namun kata Kit Sang, jika diberi pilihan untuk bekerjasama dengan kleptokrat, oportunis, dan mereka yang jahat atau kalah dengan berpegang kepada prinsip politik dan integriti, beliau memilih pilihan yang kedua.

“Ada yang kata, untuk mencapai kemenangan di Melaka, kita perlu bersama secara taktikal dengan sesiapa yang boleh membawa kemenangan kepada Pakatan Harapan.

“Atas sebab inilah saya berpendapat bahawa empat mantan Ahli Dewan Undangan Negeri yang telah menjadi punca kepada berlakunya pilihan raya negeri Melaka ini tidak patut dicalonkan sebagai calon Pakatan Harapan dalam PRN Melaka,” katanya lagi.

Advertisement

Johorkini

 

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top