BM | EN | 中文

PRN Melaka: PKR sepatutnya dipuji kerana anjur ceramah tanpa hadirin

lim-kit-siang.jpg
Advertisement

KUALA LUMPUR, 1 NOV: Kempen PKR Melaka melalui ceramah yang dijalankan di atas lori tanpa hadirin sepatutnya dipuji kerana mengambil kira kepentingan untuk tidak memburukkan lagi keadaan Covid-19.

Ahli parlimen Iskandar Puteri, Lim Kit Siang berkata, cara yang dijalankan oleh PKR itu unik dan dalam masa yang sama meneruskan objektif untuk mencapai satu pilihan raya yang bebas, adil, dan bersih.

Veteran DAP itu berkata, adalah memeranjatkan apabila mereka dikenakan denda RM10,000.

Advertisement

“Terdapat larangan untuk kempen dan acara sosial pilihan raya yang melibatkan aktiviti fizikal dengan pengundi.

“Tetapi perkara ini sepantas kilat menjadi ulangan fenomena ‘dua darjat’ di mana tindakan tidak diambil terhadap dua mantan Perdana Menteri, Najib Razak dan Muhyiddin Yassin, yang mengingkari larangan ini dengan aktiviti “secara bersorok” di Melaka baru-baru ini,” kata Kit Siang.

Dalam pada itu tambah beliau, larangan kempen diumumkan Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin, pada 24 Oktober adalah tidak dipertimbangkan dengan baik dan tidak praktikal.

Advertisement

Larangan ini perlu dibatalkan segera dan digantikan dengan SOP yang dibuat khusus untuk PRN Melaka.

“Ini kerana saya menyeru supaya satu mesyuarat diadakan bersama SPR, Kementerian Kesihatan, dan semua parti politik yang berminat dan juga NGO berkenaan untuk membincangkan perkara ini,” kata Kit Siang lagi.

PKR semalam dikenakan denda RM10,000 kerana menganjurkan acara berkaitan pilihan raya di Melaka.

Advertisement

Parti itu mendakwa ceramah bergerak dianjurkan mereka ‘tanpa kehadiran orang ramai’ bagi mengelak penularan Covid-19.

Ketua Penerangannya Shamsul Iskandar Md Akin berkata PKR mengadakan dua ceramah bergerak ‘tanpa kehadiran orang ramai’ di kawasan Paya Rumput.

Dalam ceramah itu, jelasnya penceramah berdiri di atas pentas yang dibina di atas lori dan diletakkan di tengah-tengah kawasan perumahan untuk menyampaikan ceramah dengan menggunakan pembesar suara.

Advertisement

Katanya, mereka yang berminat untuk mendengar ceramah boleh duduk di hadapan rumah masing-masing bagi mendengar ceramah tanpa perlu berkumpul beramai-ramai.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top