BM | EN | 中文

PRN Melaka: PH perlu buktikan kesungguhan

Muhammad-Taqiuddin-Cheman-Adun-Pulai-Sebatang.png
Advertisement

PONTIAN, 20 OKT: Pilihanraya Negeri (PRN) Melaka yang akan berlangsung November ini adalah pentas terbaik untuk Pakatan Harapan (PH) membuktikan kesungguhan dalam mengatasi kemelut politik yang berlaku.

Timbalan Ketua Pemuda Parti Amanah Negara (AMANAH), Muhammad Taqiuddin Cheman berkata, PRN Melaka bukan satu langkah yang tepat dengan kehendak rakyat bagi mengatasi kemelut yang berlaku.

Katanya, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) telah mengumumkan PRN perlu diadakan sekiranya tidak dihalang melalui penghakiman oleh PH bagi mencabar kesahihan pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN).

Advertisement

“Sekiranya PRN terpaksa diadakan, Pemuda AMANAH melihat ini adalah masa terbaik untuk PH menampilkan calon-calon yang benar-benar berwibawa, berkualiti dan mencapai kriteria atau merit yang diharapkan rakyat.

“Rakyat sudah semestinya akan menilai sama ada PH benar-benar mendengar dan membawa aspirasi yang dinginkan rakyat dengan membariskan calon mempunyai nilai kepimpinan yang diyakini mampu membawa perubahan.

“PH juga perlu dilihat konsisten dan menunjukkan komitmen untuk bersama dalam membanteras gejala lompat parti yang membawa banyak masalah kepada negara.

Advertisement

“Kita seharusnya sedar bahawa penilaian terhadap PRN Melaka ini bukan sahaja pengundi di Melaka tetapi rakyat Malaysia secara keseluruhannya dan berkemungkinan menjad panduan awal buat mereka untuk Pilihan Raya Umum (PRU) ke-15 nanti.

“Justeru, parti-parti yang menganggotai PH seharusnya teliti dan bersikap tegas dalam membawa nama-nama calon untuk ditawarkan kepada rakyat Melaka dalam PRN nanti,” katanya.

Johorkini

Advertisement

 

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top