BM | EN | 中文

PRN Melaka: PH Johor gembeling seluruh tenaga, petugas parti bantu kemenangan

syed-ibrahim-aminolhuda-hassan-liew-chin-tong.png

Dari kiri: Syed Ibrahim Syed Noh (Pengerusi PKR Johor) Aminolhuda Hassan (Pengerusi Parti Amanah Negara) dan Liew Chin Tong (Pengerusi DAP Johor)

Advertisement

JOHOR BAHRU, 18 OKT: Pakatan Harapan (PH) Johor akan menggembeling sepenuhnya tenaga seluruh petugas parti bagi membantu kemenangan calon-calon PH di Melaka.

Kenyataan bersama itu dikeluarkan pengerusi AMANAH Johor, Aminolhuda Hassan, Pengerusi KEADILAN Johor, Syed Ibrahim Syed Noh dan Pengerusi DAP Johor, Liew Chin Tong.

“PH Johor mengambil maklum situasi terkini politik negeri Melaka.

Advertisement

“PH Johor berpandangan, kestabilan politik dalam mentadbir negeri pada saat rakyat berhadapan krisis kesihatan dan ekonomi sekarang ini adalah menjadi keutamaan berbanding perkara-perkara lain.

“Pun begitu, nasi telah menjadi bubur. Pertelagahan dalaman UMNO telah mengakibatkan DUN terbubar pada 4 Oktober lalu.

“Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) telah mengumumkan tarikh pembuangan undi bagi Pilihan Raya Negeri Melaka pada 20 November 2021.

Advertisement

Justeru, sebagai negeri yang bersebelahan, PH Johor membuat ketetapan untuk menggembeling sepenuhnya tenaga seluruh petugas parti bagi membantu kemenangan calon-calon PH di Melaka,” menurut kenyataan tersebut.

SPR menetapkan 20 Nov sebagai tarikh pengundlan bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka.

Tarikh penamaan calon bagi pilihan raya berkenaan ditetapkan pada 8 Nov manakala pengundian awal pada 16 Nov.

Advertisement

Pengumuman dibuat Pengerusi SPR Datuk Abdul Ghanl Salleh pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat khas SPR berhubung pilihan raya negeri itu di Melaka hari ini.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top